Riang melihat anak kecil berlari.Yang dewasa masing-masing
berkejar-kejar dengan urusan masing-masing.Tempoh 24 jam bagai singkat
untuk menguruskan segalanya.Sihat adalah nikmat yang perlu
disyukuri.Masa yang lapang tanpa apa-apa juga turut merupakan nikmat
yang Allah kurniakan.
Dalam ayat ini Allah menyebutkan,Manusia(kita) banyak membazir
waktu.Bazir yang bagaimana?Membazir dengan perkara lagha yang tidak
lansung berikan faedah untuk diri kita sendiri.Baik dunia mahupun
akhirat.Jadi,Allah beri panduan untuk kita gunakan kesempatan yang ada
dengan cara gunakan setiap detik untuk ingat akan DIA, beramal solaeh
dan saling menasihati dalam kebenaran dan sabar.
Rasulullah ada menyebut bahawa akan hadir
5 perkara sebelum
5 perkara.Alahhh...macam lagu Raihan yang popular tu.
Hadis ini mengajar kita bahawa setiap yang diberikan itu adalah nikmat
yang perlu kita syukuri.Mata yang boleh melihat,telinga yang bisa
mendengar.Tangan dan kaki yang boleh bergerak dan mulut yang boleh
berucap.Kita gunakan ini semua untuk apa? Adakah untuk
keMAKSIATan ?? Atau melakukan hal yang boleh menambah amalan kita sebagai hamba yang hina ini?
Fokus kini adalah nikmat
SIHAT.Kesihatan
ini nilainya amatlah mahal dan tiada tolok banding harganya.Ramai
antara kita akan menyedari nikmat ini berharga apabila kesakitan,datang
menerpa diri.Usaha demi usaha kita laksanakan bagi mengubati kesakitan
itu.Alhamdulillah ,Allah beri sembuh atas sakit itu.Tapi lepas sihat
sahaja,kita lupakan Diay yang menyembuhkan,lalai dengan dunia yang
fana'...itulah MANUSIA.Bila sembuh,mulalah...
"Baguslah ubat ni,mujarab tau!!"....
"Doktor di klinik tu bagus,comfirm sihatlah..." Maka telah kufur kita pada ALLAH.Jadi ingatlah DIA sahaja yang bisa menyembuhkan apa sahaja kesakitan,bukan ubat dan doktor.
Detik demi detik masa berjalan meninggalkan kita.Kalau terleka dek
godaan syaitan,maka ketinggalan jauh dalam mengejar waktu untuk
beramal.Biasanya kita sibuk uruskan urusan Duniawi sampai lupa akan
akhirat.Sampai selepas solat ,nak wirid sekejap pun tak boleh.Kerja
lebih utama,nanti takut bosa marah pula.EH!?? Rezeki itu siapa bagi??
ALLAH yang bagi...jadi jangan takut kalau ingin menjalankan hukum
ALLAH.Ingatlah,adakalanya kita senang,adakala kita susah sangat sampai
terasa sempit sangat.Tapi bila senang mengapa kita leka? dan bila susah
baru terkapai-kapai mencari belas kasihan ALLAH??
""SYUKURILAH NIKMAT MASA LAPANG YANG DIBERI PINJAM SEBENTAR INI......"
Hal ini cukup Rasulullah bimbang pada ummatnya.Seorang yang bersyukur
akan nikmat sihat dan masa lapangnya yang Allah kurniakan, haruslah dia
laksanakan perintah ALLAH dan jauhi semua laranganNya ,maka dia
terhindar dari golongan
"maghbun" (orang lalai semasa sihat dan waktu lapang).
Ironinya gunalah nikmat sihat dan waktu lapang dengan sebaiknya.Dengan
mensyukuri semua nikmat,akan menjadikan kita manusia beruntung dunia dan
akhirat serta menambah Mahabbah pada Illahi.....
Wallahua'lam....
h
ttp://blognurhafiznoh.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan