Isnin, 7 Julai 2014

Resepi Ayam Kung Pao

Ayam Kung Pao
Resepi Ayam Kung Pao, masakan ala Cina yang sedap.
Ditulis oleh :
Masa:
Penyediaan: 40 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 2 orang


 
Bahan-Bahan:
  • 300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub
  • 5 biji cili kering, dipotong dua
  • 2 inci halia muda, hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil
  • 1/3 biji karot, hiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar holand, potong dadu
  • 2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak
  • sedikit daun bawang
  • 2 sudu minyak masak
Bahan untuk perapan:
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar kicap cair
Bahan untuk sos:
  • 1 sudu besar kicap pekat berkaramel
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu besar air

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit
  2. Goreng ayam dalam minyak panas (deep fried) dan kacau sehingga ayam hampir masak. Angkat dan asingkan.
  3. Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 2 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.
Tips: Jangan goreng ayam terlalu lama kerana ayam akan menjadi keras.
 http://iresipi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...