Melancong ketika berpuasa? Ada ke orang buat?? Ada! Buat kaki melancong, berpuasa bukanlah
alasan untuk menyekat mereka daripada menikmati keseronokan melancong. Lebih-lebih
lagi puasa di bulan Ramadhan. Inilah mendatangkan keterujaan mereka. Ingin melihat dan merasai suasana berpuasa di tempat orang dan
budaya mereka. Jom ketahui tip melancong dan persediaan melancong ke destinasi
pelancongan yang diidamkan.
Tip Melancong Ketika Berpuasa
1. Melancong dalam keadaan sihat
Utamakan kesihatan ketika melancong. Ini kerana jika kita melancong dalam keadaan sihat, ianya akan melancarkan proses pengembaraan kita. Lebih-lebih lagi di bulan puasa, kesihatan yang baik pastinya tidak akan mengganggu rutin kita berpuasa. Jika melancong dalam keadaan sihat, kita akan mempunyai banyak tenaga. Nak jalan ke sana ke sini juga mudah. Walaupun kita melancong ketika diri kita dalam keadaan berpuasa. Paling penting, kita dapat merasai keseronokan bercuti seperti yang kita inginkan. Barulah namanya melancong! Kalau tak seronok masa melancong, better tak payah melancong. Kan kan…
2. Pilih destinasi melancong
Rancang percutian kita. Senaraikan tempat melancong yang kita ingin kunjungi. Ketahui jarak dari satu tempat ke tempat lain. Bukan apa, supaya kita boleh menganggarkan masa. So senanglah kita nak pergi nanti. Disarankan memilih destinasi yang berdekatan. Bila dekat, mudah dikunjungi. Bayangkan time kita berpuasa saat melancong, destinasi pulak jauh-jauh, tak ker boring kita habiskan masa dalam kereta. Perjalanan jauh, ambik masa. Tak syoklah. Tak puas nak melancong. So jangan lupa, pilih destinasi berdekatan ketika merancang untuk melancong.
3. Rancang perjalanan melancong di waktu petang
Berpuasa ketika melancong, pastinya memberi sedikit keletihan pada kita. Lebih-lebih lagi sekarang cuaca panas disertai kehadiran fenomena el-nino. Sedikit cadangan agar membuat aktiviti melancong di waktu petang. Cuaca petang yang sedikit redup, dapat memberi kelegaan buat kita ketika berjalan ke sana ke mari.
4. Melancong dengan membawa bekalan air dan kurma di dalam beg untuk berbuka puasa
Kesesakan lalu lintas sememangnya tidak boleh dielakkan termasuk di bulan puasa. Paling sesak adalah laluan di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti bazar Ramadan dan sebagainya. Kedai makan juga sudah mulai dipenuhi orang sejam sebelum berbuka, sekali gus membuatkan ada pelanggan yang tidak mempunyai tempat duduk untuk berbuka puasa. Oleh itu, pastikan kita sentiasa membawa bekalan air di dalam beg untuk berbuka puasa di mana juga terutama saat dalam perjalanan. Membawa bersama buah kurma atau makanan ringan yang boleh mengenyangkan juga membantu kita berbuka puasa tepat pada waktunya.
5. Nikmati dan rasai keseronokan melancong walaupun berpuasa
Ketika melancong, nikmatilah percutian yang dirancangkan. Jangan stress, jangan terlalu memikirkan perut kosong berpuasa. Fokus pada suasana di tempat melancong. Ambil gambar untuk di buat kenang-kenangan. Catatkan sedikit nota akan sejarah sesuatu tempat. Manalah tahu nak dikongsikan kat status Facebook, Twitter, Instagram, atau kat blog ker. Al maklumlah, tugasan menjadi blogger membuatkan kita rajin berkongsi informasi. Kot-kot informasi yang kita kongsikan di laman sosial memberi input buat pembaca lain. Haaa…kan kongsi ilmu namanya. Pasti pengalaman sebegini memberi percutian bermakna buat kita.
http://umikasum.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan