Marah Itu Kawan Syaitan
Baca Ini Bila Marah
Renungan pagi pilihan adalah bacaan yang perlu kita baca bila sahaja dalam kemarahan. Sifat marah atau panas baran ada dalam setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mengawal perasaan tersebut. Orang yang bersikap panas baran sebenarnya sedang berdepan dengan syaitan. Marah itu dari syaitan. Syaitan yang sedang mengapi-apikan diri kita supaya bertindak lebih ganas. Jadi kalau kita tak ingin tewas kepadanya, bacalah “Auzubillahi Mminas Syaitanir Rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) sebagaimana pesan Rasulullah S.A.W:
Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk
bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di
antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan
tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya
aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya
jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung
dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka
mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi
SAW bersabda: "Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang
direjam."
Doa Untuk Menghilangkan Rasa Marah
Ya Allah ampunilah dosaku dan hilangkan kepanasan hatiku dan lepaskan aku dari syaitan yang terkutuk
blog santai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan