OLEH TERJEMAHAN HAMDAN OTHMAN DI KUALA LUMPUR
Dr. Gilbert mengusung pesakit di Hospital Gaza.
Wahai teman-teman,
Sukar untuk
saya memulakan surat ini. Surat yang telah lama ingin saya titipkan
tetapi sentiasa gagal menyiapkannya. Hari ini, saya semakin kuat dan apa
yang tertulis datangnya dari hati saya sendiri.
Sebenarnya, tidak ada satu malam pun di Gaza yang tenang. Letupan
bom berlaku di mana-mana. Serangan bumi yang dilancarkan Israel ke atas
Gaza menyaksikan begitu ramai mangsa yang cedera parah dengan darah
mengalir di sana sini.
Itu
belum lagi menyaksikan sendiri mangsa dengan badan terkoyak dan
terpisah hanya menunggu saat ketibaan ajal. Mereka semua yang menjadi
korban serangan ini adalah rakyat Palestine.
Puak
Yahudi Israel tidak pernah kenal usia yang hendak dimusnahkan. Asalkan
bangsa Palestin, mereka hanya menunggu masa untuk dikuburkan. Sukar
untuk saya gambarkan perasaan saya ketika ini.
Saya
semakin membenci kekejaman Yahudi terhadap mangsa yang merupakan orang
awam tidak berdosa. Sebagai anggota penyelamat, saya dan petugas
sukarelawan lain bekerja dari 12 hingga 24 jam sehari mengikut giliran
mengusung mangsa dan korban ke semua hospital di Gaza.
Kami
bekerja ikhlas tanpa bayaran. Malah ada anggota penyelamat ini yang
bertugas tanpa gaji di Shifa sejak empat bulan lalu. Itulah pengorbanan
mereka dalam merawat pelbagai rupa pesakit bernama manusia!
Saya
bermain dengan darah setiap hari tanpa sedikit pun rasa takut atau geli
malah tetap sentiasa bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan. Ini semua kerana terpaksa hasil perbuatan keji tentera
Israel yang menyifatkan rakyat Palestine seperti binatang yang harus
disembelih.
Jahatnya Yahudi Israel melebihi haiwan yang tidak berakal. Itulah yang menghantui kotak fikiran saya.
Terus
terang saya katakan, sepanjang berada di bumi Gaza, tugasan saya
sebagai doktor di sini sudah tidak mampu lagi untuk memikirkan
kesakitan, ketakutan dan ketabahan rakyat Palestin. Pada masa-masa
tertentu, saya seperti ingin menjerit sekuat hati, memeluk kuat
seseorang dan menangis sambil mencium rambut kanak-kanak yang diliputi
darah.
Saya
kagum melilhat ketabahan rakyat Palestine yang pada hakikatnya sudah
tidak berdaya apalagi dengan kehilangan orang tersayang sekelip mata.
Semua ini memberi kekuatan kepada saya untuk terus membantu mereka dalam
apa cara sekalipun. Untuk pengetahuan semua, kolam darah tidak pernah
kering di hospital dan tidak kelihatan akan surut.
Di
bilik kecemasan, darah sentiasa memenuhi ruang namun semuanya sudah
pasrah dalam diri saya. Ketika saya menulis nota ini, saya bersendirian
di dalam bilik tidur, di atas katil. Airmata saya tidak pernah putus
mengalir. Bukan lagi sedih tetapi marah, geram, sakit hati dan
sebagainya.
Apa lagi daya mereka di Palestin selain memperbanyakkan doa tulus daripada seluruh saudara Islam di dunia?
Baru
sebentar tadi, ketika saya masih lagi menulis, saya terdengar bedilan
bom tentera Israel tanpa belas. Saya amat kesal apabila memikirkan
bagaimana Amerika tergamak bersekutu dan menyokong Israel ketika
negara-negara lain menjerit-jerit mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh
puak Yahudi ini.
Wahai
Tuan Obama, tidakkah anda mempunyai sekeping hati? Itulah yang bermain
di benak fikiran saya. Ingin sekali saya mengajak Obama bermalam di
Gaza. Cukuplah satu malam sahaja dengan rakyat Palestine di Shifa. Saya
yakin jika Obama bermalam di Shifa, segalanya akan berubah 100 peratus
dan pasti akan menjadi sejarah. Orang yang mempunyai sekeping hati tidak
akan meninggalkan Shifa begitu sahaja jika berpengala
man
bermalam di sini. Paling pasti, jika dia mempunyai sekeping hati,
kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin pasti akan bertemu
titik noktah. Tetapi mana mungkin Obama yang tidak mempunyai hati
bermalam di Shifa?
Hanya
doa sahaja yang boleh membantu penderitaan rakyat Palestine. Teruskan
berdoa tanpa henti biar pun sungai darah rakyat yang tidak berdosa tidak
putus mengalir. Sungguh saya bukan orang Islam tetapi saya mempunyai
hati dan perasaan.
Saya
tetap akan berdoa mengikut cara saya dan saya yakin, doa kita semua
akan membantu menyelamatkan rakyat Palestin sekaligus menjahanamkan
golongan Yahudi Israel.
mountdweller.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan