Rabu, 16 Julai 2014

Tentera Berbaju PUTIH Bingungkan Israel

Perang di Gaza dan penindasan terhadap rakyat Palestin sekian lama di lakukan Israel, namun sehingga kini rejim Zoinis itu masih gagal menakluki Tanah Suci umat Islam itu walaupun menggunakan pelbagai senjata serba canggih berbanding para mujahidin Palestin.

Sebenarnya, banyak kisah berkaitan kebesaran Allah yang berlaku di bumi Gaza yang tidak pernah diketahui umum kecuali setelah sukarelawan bertemu sendiri para pejuang berkenaan serta para keluarga mereka yang terlibat.

Peliknya, pelbagai kejadian aneh dan ajaib ini diakui sendiri oleh tentera Israel sehingga ada yang mengatakan terdapat pasukan ghaib berbaju putih atau ‘halimunan’ di Gaza.
 
 
 


Dikatakan ada pasukan ghaib membantu para mujahidin Palestin dan ia turut diakui oleh pasukan Israel. Pada Januari 2009, askar Israel menerobos masuk ke sebuah rumah keluarga Palestin di Gaza. Anak lelaki keluarga itu ditahan. Askar Israel bertanyakan tentang ciri pakaian para pejuang al-Qassam, salah satu kumpulan mujahidin di Palestin.

Lelaki itu menjawab jujur bahawa pejuang al-Qassam mengenakan pakaian serba hitam. Jawapannya itu membuatkan tentera Israel marah dan menuduhnya penipu. Lalu lelaki itu dipukul bertalu-talu sehingga pengsan.

Selama tiga hari berturut-turut lelaki itu akan ditanya soalan yang sama dan lelaki itu tetap jujur memberi jawapan yang sama. Dan setiap kali itu juga dia akan dipukul sehinggalah akhirnya tentera Israel mengalah dengan lelaki itu dan menjerit memberitahu: “Engkau penipu!” (merujuk kepada mujahidin al-Qassam yang dilihat tentera Israel).

Dalam satu kisah lain pula, sebuah van ambulans dalam perjalanan ke hospital. Sekumpulan tentera Israel telah menghentikan van itu lantas bertanya kepada pemandunya adakah dia daripada kelompok Hamas atau Fatah?

“Aku bukan dari kelompok mana-mana pun. Aku seorang pemandu ambulans,” jawab pemandu itu. Lantas tentera Israel itu bertanya: “Jika begitu, siapakah pasukan berpakaian serba putih yang mengikuti kamu tadi?”

Pertanyaan tentera Israel itu membuatkan si pemandu tersebut kebingungan kerana hakikatnya, dia hanya memandu van itu berseorangan tanpa diiringi sesiapa pun.

Kisah ini turut disampaikan oleh khatib yang memberi ceramah di masjid dalam Wilayah Nashirat di Gaza. Ceritanya, seorang mujahidin Palestin telah menanam seunit ranjau peledak untuk menghalang kemasukan tentera Zionis Israel.

Lalu dia bersembunyi untuk menjaga kawasan tersebut. Datang beberapa helikopter Israel dan menurunkan sejumlah besar pasukannya beserta kereta kebal yang berisi pelbagai senjata hebat.

Melihat jumlah pasukan Israel yang besar itu, mujahidin itu merasakan ranjau yang ditanamnya tidak akan mampu memusnahkan pasukan tersebut. Impak ranjau itu terlalu kecil untuk pasukan sebesar itu. Maka dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke markasnya.

Tetapi sebaik saja mujahidin itu mahu bangun, dia terdengar satu suara berkata: “Utsbut tsabatkallah.” Maknanya, tetapkanlah di tempatmu, maka Allah akan membantumu. Ucapan itu kedengaran sebanyak tiga kali.

Puas mujahidin itu mencari dari mana datangnya suara itu. Anehnya tiada sesiapa di sekelilingnya. Jadi siapa yang bersuara itu?

Kerana kata-kata itu, mujahidin itu duduk semula di tempat persembunyiannya. Dan ketika itulah dia melihat apabila pasukan Israel itu melalui perangkap ranjau yang dipasangnya, sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Peledak yang dipasangnya meletup dan kesan letupannya amat dahsyat, ibarat berpuluh peledak diletupkan sekaligus. Akibatnya, seluruh pasukan zionis itu terjejas teruk dan terpaksa pulang semula ke pengkalan mereka.

Bagaimana peledak biasa yang ditanamnya boleh berfungsi sedemikian rupa? Itulah pertolongan Allah!

Di daerah selatan Gaza, para mujahidin memasang peledak. Tetapi, belum sempat kabel ranjau peledak itu disiapkan, muncul beberapa pesawat peninjau Israel di udara menyebabkan para mujahidin segera bersembunyi. Tidak lama kemudian, muncul kereta perisai dan tentera Israel.

Pasukan Zionis itu berhenti di kawasan tempat para mujahidin memasang peledak tadi. Sayangnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana peledak itu tidak boleh berfungsi berikutan wayarnya yang belum disambung.

Mujahidin itu sekadar mampu berdoa yang bermaksud: Ya Allah, sebagaimana Engkau tidak memberi kesempatan kepada kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan yang serupa!

Dan tidak lama kemudian, berlaku keajaiban. Berlaku satu letupan dahsyat di kawasan pasukan Israel itu yang mengorbankan ramai tenteranya hingga memaksa mereka berundur dari kawasan itu.

Setelah itu , para mujahidin datang semula kelokasi tersebut. Mereka terkejut, peledak yang mereka pasang masih utuh tidak meletup. Jadi, dari mana datangnya letupan yang berjaya mengundurkan tentera Israel tersebut?

Seorang lagi pejuang bercerita sewaktu dia melakukan kawalan di sempadan Gaza berseorangan. Ketika itu, dia terdengar sayup-sayup suara orang yang sedang berzikir dan beristighfar.

Puas dia mencari di sekelilingnya untuk mencari dari mana datangnya suara itu sedangkan tiada sesiapa di sekelilingnya. Dan seketika barulah dia tersedar, suara-suara itu datangnya dari celah-celah batu dan pasir di sekitar nya. Subhanallah!

Di sebuah kawasan perumahan di Wilayah Tal islam pula, beberapa pejuang Palestin yang cedera kelihatan menangis di tepi rumah-rumah penduduk. Lantas mereka bertanya, “Mengapa kalian menangis?” Dan jawab mujahidin itu, “Kami menangis bukan kerana kami takut dengan musuh, sebaliknya kerana, bukan kami yang bertempur, ada ‘pasukan’ lain yang sedang menentang musuh kita dan kami tidak tahu dari mana mereka datang.

Ada juga kisah yang diceritakan sendiri oleh tentera Israel dan disiarkan di saluran televisyen Negara Yahudi tersebut. Menurut seorang bekas tenteranya, sewaktu dia sedang melakukan kawasalan di Gaza, entah dari mana muncul seorang tentera berpakaian serba putih lalu membaling pasir ke wajahnya, ketika itu juga matanya jadi buta sehingga kini.

Di kawasan lain di Gaza, ada tentera Israel juga bercerita, mereka berperang dengan sekumpulan pejuang berpakaian serba putih dan berjanggut panjang. Anehnya, bila ditembak, pejuang serba putih itu sedikit pun tidak cedera hingga tentera Israel menggelar pejuang itu sebagai ‘halimunan’. Siapakah tentera berbaju putih yang dimaksudkan Israel itu.

Jenazah seorang mujahidin bernama Musa Hasan yang syahid kerana serangan udara Israel. Sepotong kain yang terkena darah mujahidin itu masih berbau harum walaupun telah dicuci berulangkali.

Antara bulan Disember 2008 hingga Januari 2009, Israel melakukan pelbagai serangan yang menyasarkan golongan wanita dan kanak-kanak dengan tujuan akan berkurangnya generasi Palestin dimasa akan datang.

Dalam tempoh itu, hampir seribu lima ratus nyawa terkorban. Ajaibnya, mengikut takrif yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza, 3,700 bayi lahir dalam tempoh tersebut. Ibaratnya dua ribu nyawa yang dikorbankan Israel, Allah memberi empat ribu nyawa baru sebagai gantinya.

Apakah pasukan berbaju putih itu adalah MALAIKAT bantuan Allah, sebagaimana Allah telah membantu dalam perang Badar dalam Al-Quran?

“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu:” Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut “. (QS. 8: 9)

Bantulah umat Islam di Gaza. Hentikanlah penindasan Israel di bumi Palestin.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
 alamcyber.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...