Jumaat, 18 Julai 2014

Pengajaran Tragedi CDM 25

CDM 25

CDM 25 atau kisah seorang wanita mengamuk kerana kereta beliau dilanggar menjadi begitu viral dan popular di laman sosial. Maka, apabila sesuatu kisah menjadi popular sudah pasti ada perkara yang dibangkitkan dan menarik. Video mula tersebar di laman sosial secara berleluasa.
 
 
Apa yang berlaku sebenarnya?
Sebenarnya apa yang berlaku adalah seorang lelaki berbangsa Cina telah terlanggar kereta seorang wanita bernama KiKi. Maka, kiki telahpun keluar dari kereta lalu memarahi uncle Cina itu dengan penuh emosi. Lalu, dia mengambil Steering Locker sebagai alat untuk memarahi.
 
Dengan itu, locker tersebut dihentak di kereta uncle berbangsa Cina. Tanpa mereka sedari aksi mereka dirakam dan dimuat turun di laman You Tube dan Facebook secara meluas.
 
Pengajaran?
Pengajaran yang boleh kita perolehi pertama ialah, walaupun apa jua masalah yang berlaku, pasti ada penyelesaian yang baik perlu dilakukan. Kemarahan dan amukan bukan jalan penyelsaian sebaliknya mengundang lebih banyak masalah.
 
Kedua, mengawal emosi dan cuba bertenang dalam menghadapi masalah seperti dilanggar atau terlanggar. Ini kerana ianya boleh dibawa kepada kes polis untuk diselesaikan secara baik.
 
Ketiga, bijak dalam membuat keputusan. Emosi menguasai, maka akal fikiran menjadi tunjang kepada didikan kepada emosi. Kebijaksanaan perlu mengawal emosi supaya tidak berlaku aksi aksi yang diluar jangkauan kita.
 
Apa yang penting, rakyat Malaysia kini ada mata dan ada video yang boleh mereka rakam. Maka, jika ingin membuat sesuatu perkara ingat kembali anda berada di "public" atau tempat awam. Maka attitude anda dipandang masyarakat. Siapa yang salah itu tidak penting, perbuatan dan tindakan kita itu mencerminkan keperibadian kita. 
 
menulis menconteng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...