Bayi pramatang itu lahir melalui pembedahan.
Sebelum ini doktor telah pun menjangkakan bayi itu hanya mempunyai peluang hidup 50 peratus.
Serangan udara yang menyebabkan ibu bayi itu maut berlaku di kawasan perumahan orang awam, lapor media tempatan.
Ibu perempuan tersebut berusia 23 tahun bernama Shayma Al-Sheikh Qanan sedang hamil lapan bulan ketika kereta kebal penjajah zionis 'Israel' menembak rumahnya di pusat Bandar Gaza. Rumah Shayma hancur dan Shayma cedera parah. Suami Shayma, seorang wartawan radio tempatan juga cedera parah dalam serangan tersebut.
"Jenazah Shayma dibawa ke hospital setelah serangan 'Israel' pada awal pagi Jumaat," kata Doktor Fadi Al-Kharti bertugas di hospital Deir Al-Balah. "Kami cuba menyelamatkan nyawanya, tetapi dia meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital," kata Doktor Al-Kharti.
Usaha menyelamat nyawa Shayma semakin sukar kerana dia telah terperangkap di bawah runtuhan rumahnya selama satu jam.
"Kami menyedari terdapat gerakan di perutnya dan menganggarkan bahawa dia hamil 36 minggu," kata Doktor yang melakukan operasi caesar kecemasan untuk menyelamatkan sang bayi. Bayi yang lahir kemudian diberi nama Shayma juga untuk mengenang ibunya.
Menurut ketua unit bersalin hospital Deir Al-Balah, Doktor Abdel Karim Al-bawab, "Bayi ini dalam keadaan tidak stabil dan perlu dibantu dengan mesin pernafasan kerana dia kekurangan oksigen sewaktu ibunya meninggal. Telah menunjukkan tanda-tanda positif, akan tetapi bayi ini masih perlu tinggal di wad sekurang-kurangnya untuk tiga minggu lagi."
Ibu kepada Shayma Qanan, menangis dan berkata, "Apa salah anakku sehingga dia harus diserang tanpa amaran? Dia berada di bawah runtuhan rumahnya selama satu jam sebelum berjaya ditemui. Dia hanya seorang isteri yang baru berkahwin setahun dan sangat menantikan kelahiran anaknya. Akan tetapi, Allah telah melindungi bayi ini. Anakku Shayma meninggal dunia, namun cucuku selamat."
kelab greenboc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan