Sebelum kita melihat resepi, saya ingin kongsikan doa yang diajar oleh sahabat saya kerana sejak kebelakangan ini saya banyak ditimpa ujian satu demi satu. Namun ianya tidak sekali kali melemahkan saya biar pun pelbagai kata dan sindiran diberi. Malahan saya lagi kuat dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Di antara doa yang saya amalkan adalah, yang bermaksud “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia".
Jom
kita tengok rahsia menyediakan kuah sup yang sangat istimewa ini. Ohh
rupa rupanya ada air asam jawa dan belacan bakar. Inilah kali pertama,
saya mendengar yang belacan dimasukkan ke dalam sup. Kata Kak Kama,
ramai yang tak percaya bila diberitahu yang kuah sup nya dimasukkan
belacan. Ramai yang memikirkan yang dia hanya bergurau. Terima kasih
kerana sudi berkongsi dan membenarkan saya berkongsinya pula dengan
pembaca . Kalau ada yang nak mencuba, silakan lah.
Layaann....
Mee Sup Istimewa
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar.
2 kiub stok daging
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng
Cara cara;
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi.
Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.
Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis.
Masukkan
air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan
kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.
Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.
Cili Kicap
Bahan bahan:
Segenggam cili padi - 15 biji cili merah dan hijau
3 ulas bawang putih
3-4 biji limau kasturi - perah airnya
Sedikit cuka
Kicap manis
Garam
Gula
Cara cara:
Sangai
bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk. Masukkan air perahan limau
kasturi, sedikit cuka dan kicap manis. Akhir sekali sesuaikan rasa dan
masukkan garam dan gula.
aziekitchen
Yummo....
BalasPadamSgt lezat dan bergizi