Hasan Al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul Qadar diantaranya
ialah suasana alam pada malam itu tenang,damai dan tenteram,tidak
panas, dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokkannya
harinya tidak terik.
Dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa pada malam Lailatul Qadar seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang islam kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari , menyebabkan suasana di bumi dingin daan tenang.
Kelebihan Malam Lailatul Qadar
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran surah Al-Qadr. Malam Lailatul Qadar itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadat pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 tahun atau 83 tahun.
Oleh kerana itu, Rasullulah saw sangat menggalakkan umat islam berusaha mencari dan beriktikaf di malam Lailatul Qadar itu. Aisyah ra meriwayatkan bahawa Rasullulah saw bersabda :
"Carilah malam Lailatul Qadr pada pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan."
(HR Bukhari,Muslim,At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sebuah hadis Rasullulah saw yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan bahawa Baginda bersabda yang bermaksud :
"Carilah Malam Lailatul Qadr di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadan; pada malam ke 21,23, dan 25."
(HR Bukhari,Muslim,Abu Daud,An-Nasai,At-Tirmizi dan Imam Malik)
Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian yang ada berpendapat Malam Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadan, 21 Ramadan dan sebagainya dengan masing-masing dengan hujjahnya.
Bagaimanapun Allah jua yang mengetahuinya.
Doa Malam Lailatul Qadar
http://mselim3.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan