Siapakah bangsa Yahudi ini?
Menurut
kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan
lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan
rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang
lalu atau 1800 tahun SM.
Tafsir
Al-Qur’an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang
dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana
bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).
Anak nabi
Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak
adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah
yang dikenali sebagai 12 suku Israel.
Anak
bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam
sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh
abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.
Kemudian
ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke
Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa
memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan
bani Israel.
Kerana
kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah
mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani
Israel keluar dari Mesir.
Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.
Mereka
tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam
Al-Qur’an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kanaan,
(Qur’an, 5:21).
Setelah
nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli
sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan
berpengaruh.
Selama
pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari
Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di
utara.
Ini
adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang,
terutama senibina. Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun
sebuah istana dan biara yang luar biasa.
Setelah
wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani
Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah
para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.
Setelah
kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara
Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota
Baitul Maqdis (Yerrusalem).
Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.
Ketika
raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari
pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah
mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.
Pada
tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM
berjaya menghancurkan pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara
dan Juda.
Setelah
itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah
Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai
dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah. Akhir
abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch,
Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk
Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.
Kronologi penubuhan Israel adalah seperti berikut;
1896
Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara
Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang
Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh
orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang
juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.
1914
Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi. Setelah kekalahan khilafah
Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan
para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.
1917
Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani
Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan kemudian
masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).
1920
Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British.
Akibatnya datanglah 75 000 lagi orang Yahudi ke Palestine. Negara-negara
Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestin
1922
Transjordania dipisahkan dari daerah mandat. Sebagai perwakilan orang
Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih kurang 80 000 orang
Yahudi tinggal di Palestine
1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.
1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.
1937
Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh
orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah
tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.
1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine
1945
Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang
Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga
menyebabkan rusuhan di antara Yahudi – Palestine.
1947
UNO menganjurkan pemisahan Palestin dan pembentukan negara Yahudi dan
Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana
itu.
1948
Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei
meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir
orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang sama
Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk
mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama
Timur Tengah.
1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.
Hurm
BalasPadam