Nama Islamnya: Zainab Cobbold baca lanjut kisah epik sedih beliau di sini SaudiAramco
Hidup sebagai kaum bangsawan dengan kegelimangan harta, kehormatan,
dan kemasyhuran sering kali diimpikan ramai orang. Hidup sebagai
bangsawan laksana hidup di sebuah negera dongeng dengan sekali perintah
segala keinginan boleh menjadi kenyataan. Begitu juga yang dialami oleh
Lady Evelyn Cobbold .
Sesuai dengan gelaran Lady yang melekat pada namanya, Evelyn
Cobbold lahir sebagai seorang anak bangsawan. Lahir dengan nama Evelyn
Murray di Edinburgh pada 17 Julai 1867, Evelyn merupakan anak tertua
dari bangsawan Scotland, Charles Adolphus Murray, Pangeran Dunmore ke-7
dan Lady Gertrude Coke, anak perempuan dari Pangeran Leicester kedua.
Dengan takdir hidup yang dijalaninya sebagai anak bangsawan, sejak
kecil Evelyn merasa berbagai macam kenikmatan.
Namun, Evelyn dan keluarganya berhijrah mengikut ayahnya ke Wilyah
yang lebih eksotik di Afrika Timur. Sejak itu kehidupan Evelyn banyak
dikelilingi pembantu tempatan dari penduduk asli Mesir dan Algeria.
Evelyn banyak menghabiskan musim sejuk bersama dengan pembantu tersebut
dan kehidupannya juga banyak dipengaruhi oleh cara-cara Islam dan
tradisi Arab.
Tentang kehidupan masa kecilnya, Evelyn menulis: “Aku menghabiskan
musim sejuk di Vila Moorish, di sebuah lembah di luar Algeria. Di
sanalah aku belajar bahasa Arab dan yang paling aku gemari adalah saat
melarikan diri dari status bangsawanku dan melawat masjid bersama
teman-teman Aljazairku. Tanpa sedar, aku merasa menjadi seorang Muslim
di dalam hatiku.
“Beberapa tahun berlalu dan aku tinggal di Rom bersama beberapa
rakan Itali dan tuan rumah menawarkan aku adakah aku mahu bertemu Paus.
Tentu saja saya sangat mahu. Kemudian, semasa Yang Mulia Paus tiba-tiba
bertanya adakah aku seorang Katolik, beberapa saat lamanya aku tidak
menjawab untuk kemudian berkata bahawa aku seorang Muslim.”
Untuk seorang wanita bangsawan, umur seperti Evelyn adalah lewat
dalam bab pernikahan. Dia berkahwin pada usia 24 tahun dengan John
Dupuis Cobbold, seorang lelaki keturunan keluarga pembuat bir yang kaya
raya di sebelah timur Inggeris. Mereka bertemu di Kaherah dan berkahwin
di sana pada April 1891. Pasangan suami isteri ini dikurniakan tiga
orang anak yang lahir antara tahun 1893 hingga 1900.
Pada tahun 1900, Lady Evelyn melakukan perjalanan tanpa suaminya.
Dia kembali ke Afrika Utara tahun 1911 pada usia 43 tahun dan melakukan
perjalanan di Mesir. Pada tahun 1912, buku tentang perjalanannya
tersebut diterbitkan dengan judul Wayfarers in the Libyan Desert. Sejak
saat itulah dan seterusnya, pengakuan dirinya sebagai seorang Muslim
semakin meningkat. Lady Evelyn kemudian menukar namanya menjadi Lady
Zainab .
Setiap musim sejuk Lady Zainab melawat Mesir dan sejak tahun 1915
dia menjalin persahabatan dengan Marmaduke Pickhall, dengan seorang
Inggeris Muslim yang menghasilkan salah satu penterjemahan Al-Quran ke
dalam bahasa Inggeris yang sangat dihargai.
Pada tahun 1920, maklumat yang bersifat jenaka menyebarkan
bahawa Lady Evelyn masuk Islam menjadi penyebab kerenggangan hubungannya
dengan keluarga Cobbold. Akhirnya, pada tahun 1922 Evelyn dan suaminya
rasmi bercerai. Evelyn memperoleh harta yang sangat banyak, termasuk
hutan mengandungi rusa di Glencarron. Harta tersebut menjadikan dirinya
sebagai wanita terkaya di wilayahnya. Selepas kematian suaminya pada
tahun 1929, Evelyn mula serius untuk melakukan perjalanan haji ke Mekah.
Keseriusannya pergi mengerjakan haji diwujudkan dengan mengemukakan
permohonan ke Hafiz Waba, Menteri Arab Saudi di London yang kemudian
menuliskan surat permohonan rasmi kepada Raja Abdul Aziz di Riyadh. Lama
permohonan tersebut untuk dibalas. Bukan sifat Evelyn untuk menunggu,
dia kemudian menghantar surat perkenalan kepada Harry St . John
(Abdullah Philby) di Jeddah. Philby sendiri telah menjadi Muslim sejak
tahun 1930. Sambil menunggu izin dari Raja, Philby lah yang menetapkan
perjalanan menggunakan kereta ke Madinah.
Akhirnya, pada tahun 1933, keinginan evelyn untuk menunaikan ibadah
haji menjadi kenyataan selepas Raja Abdul Aziz mengabulkan
permohonannya.
Demikianlah kisah Lady Evelyn Cobbold, seorang wanita bangsawan
Inggeris pertama yang menunaikan haji ke Mekah. Bahkan, boleh dikatakan
bahawa Lady Evelyn lah wanita asli kelahiran Inggeris pertama yang
melakukan perjalanan haji. Kisah perjalanan haji Evelyn dituliskan dalam
buku yang berjudul Pilgrimage to Mecca ( Berhaji ke Mekah).
Dalam sejarahnya, tidak banyak fakta yang didapati bahawa Evelyn
secara rutin melaksanakan ibadah solat. Namun, diyakini bahawa dia telah
mengisytiharkan syahadah dan mengerjakan haji menjadi puncak
membuktikan dunia sebagai Muslim. Lady Evelyn Zainab meninggal 30 tahun
selepas menunaikan haji, tepatnya pada Januari 1963, salah satu bulan
yang paling sejuk dalam sejarah Inggeris. Evelyn dikebumikan mengikut
syariat Islam di kawasan Glencarron.
http://malaysianreview.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan