Selasa, 22 Julai 2014

KiKi Didenda RM5000 Dan Lakukan Kerja Komuniti Selama 240 Jam

Pengarah Eksekutif Rangkaian Kerja Kahwin, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30 tahun dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan perlu melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.


Berita Harian melaporkan hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.




Siti Fairrah atau lebih dikenali sebagai Kiki sebelum ini pernah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk mengambil keterangan berhubung isu itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Zakaria Ahmad, berkata kes Kiki disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).

Wanita terbabit dilihat membuli seorang warga emas berumur 68 tahun, selepas pesara kerajaan itu dikatakan terlanggar kereta Peugeot putihnya.


Perbuatannya mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta, sempat dirakamkan orang ramai dan kemudiannya dimuat naik ke laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube. -TRP
 .ohdunia.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...