1. Opportunist/ ambil kesempatan
Anda ada harga, anda ada rupa, ataupun
anda popular? jaga-jaga kerana memang ada segelintir manusia yang ingin
berkawan dengan anda kerana mungkin anda ada beberapa faktor yang
penulis tulis itu. Mungkin anda ada kereta yang canggih, pakaian atau
aksesori yang terkini ataupun anda seorang yang bijak di dalam akademik.
Orang seperti ini juga boleh menggunakan anda untuk berbaik dengan
orang yang mereka inginkan seperti mendapatkan nombor telefon
‘lelaki/wanita’ idaman mereka dan sebagainya.
Orang seperti ini selalunya apabila anda
bersemuka dengan mereka, mereka menjadi marah dan tidak senang. Mereka
tidak menghormati anda dan harta benda anda. Selain itu juga, jika anda
ingin meminta pertolongan daripada mereka, mereka sukar untuk
menghulurkan bantuan.
2. Pentingkan diri sendiri
Berhati-hati dengan orang yang suka
mementingkan diri sendiri. Mereka menggunakan motto : “semua tentang
saya.” Mereka akan sentiasa bercakap tentang diri mereka dan selalunya
mereka tidak akan mengambil berat tentang anda, mereka tidak berminat
untuk mengetahui mengenai hari anda, bagaimana anda rasa, perasaan
anda.. pokok pangkalnya apa-apa mengenai diri anda. Anda juga boleh
melihat bahawa mereka selalu bangga dengan diri sendiri tidak kira sama
ada mengenai diri mereka, harta benda, perkahwinan, percutian, pendek
kata mereka sentiasa mencari sesuatu untuk menjadikan mereka center of
everything.
3. Sentiasa mengeluh tentang diri sendiri
Ada jenis manusia yang sentiasa mengeluh
mengenai kehidupannya seolah-olah dialah orang yang paling malang di
dalam dunia ini. Rakan seperti ini akan selalu mengadu masalahnya pada
anda dan meluahkan perasaan pada anda kerana mereka tahu anda akan
sentiasa ada untuk mereka TETAPI tidak semestinya dia akan buat perkara
yang sama pada anda. Jika anda ditimpa masalah, mereka akan memberikan
pelbagai alasan dan malas untuk melayan anda. Jika anda mempunyai
masalah dengan teman lain, mungkin orang seperti ini tidak
mempertahankan atau memperdulikan anda.
4. Jauhkan diri anda dengan rakan yang ‘clingy’
Pernah dengan perkataan ‘clingy’ tak?
Atau orang yang selalu nak berkepit kehulu kehilir. Orang seperti ini
selalunya tidak boleh berkongsi anda dengan orang lain. Apabila mereka
lihat anda dengan orang lain, mereka cemburu kerana mereka mahu anda
untuk diri mereka sendiri. Orang seperti ini juga kadang-kadang akan
mengabaikan anda jika mereka ingin bersama teman wanita/lelaki mereka
tetapi dalam masa yang sama mereka inginkan anda selalu ada bila mereka
perlukan anda. Pelik kan? Penulis pun pelik.
5. Hipokrit
Rasanya ini tidak perlu diulas lagi.
Banyak kawan yang hipokrit di dunia ini dan ada rakan yang memberikan
senyuman paling manis pada anda bila anda berada dengannya tetapi bila
bersama rakan lain, mereka akan mengutuk dan mengeji anda. Mereka juga
akan sentiasa mengutuk anda secara lisan dengan niat merendah-rendahkan
anda. Orang seperti ini juga sering berjanji untuk menghabiskan masa
bersama anda tetapi selalu ‘cancel’ bila tiba saat akhir. Baik tak payah
ada kawan macam ni!
6. Rakan yang tidak tahu menghormati
Elakkan orang yang suka bangga mengenai
diri sendiri. Dia tidak hormat budaya dan juga bangsa serta agama anda.
Dia merasakan dirinya lebih baik dari orang lain dan selalu merendahkan
mengenai orang lain jika orang itu tidak sama etnik atau seagama dengan
anda.
7. Jenis pengintip
Ada jenis orang yang suka mengambil tahu
mengenai diri anda.. kerana dia ingin mengintip segalanya mengenai diri
anda. Mungkin untuk dirinya sendiri ataupun untuk orang lain. Satu lagi
sebab mungkin kerana mereka mahu untuk mendapatkan rangkaian rakan dan
kenalan anda. Mereka tidak benar-benar berminat untuk berkawan dengan
anda sebenarnya, jadi jika anda dapat tahu ada rakan seperti ini, mohon
jauhkan diri anda. Orang seperti ini selalu berbohong mengenai hal
peribadinya dan sentiasa ingin tahu mengenai hal peribadi anda meskipun
tiada kaitan dengan dirinya.
8. Kawan yang mengabaikan anda
Apabila anda bersama dengan rakan
seperti ini dengan kawan anda yang dia tidak kenal, dia akan sentiasa
bercakap dengan anda dan mula bersosial dengan rakan-rakan anda. Walau
bagaimanapun, apabila anda cuba bergaul denganny dan rakan rapatnya, dia
akanmengabaikan anda dan “lupa” untuk memperkenalkan anda kepada
rakan-rakannya. Setiap kali anda cuba berbual dengannya, dia tidak
menghiraukan anda dan terus bercakap dengan rakannya sahaja.
Wallahualam.. Kawan-kawan jugakkan…
giler kentang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan