Rabu, 23 Julai 2014

Dua Warga AS Sertai Tentera Sukarela Israel Terbunuh Di Gaza

Dua warga Amerika Syarikat yang menganggotai barisan ketenteraan Israel secara sukarela, antara yang terbunuh dalam serangan balas pihak Hamas, pada Ahad.

NBC News melaporkan perkara berkenaan disahkan oleh Jabatan Negeri.

Dalam satu kenyataan, jurucakap jabatan Jen Psaki berkata pihaknya mengenalpasti identiti mereka yang terkorban iaitu Max Steinberg, 24, dan rakannya, Sean Carmeli, 21, namun tidak ada maklumat lanjut didedahkan.

Sean Carmeli, 21, (kiri) seorang warga Amerika Syarikat turut terkorban pada Ahad.
Sean Carmeli, 21, (kiri) seorang warga Amerika Syarikat turut terkorban pada Ahad.




Sementara itu, tentera Israel mengesahkan 13 lagi askarnya terbunuh semalam, kehilangan jiwa paling besar dalam tempoh sehari pertempuran di Gaza sejak beberapa tahun.

Kematian askar Israel adalah hasil tindakan berani pejuang Hamas yang melancarkan serang hendap dan meletupkan kereta kebal Zionis di dalam wilayah Gaza. - TRP



Tentera Israel yang disokong kereta kebal dan pesawat tempur, mengebom sebuah kejiranan berpenduduk padat di Gaza, Shejaiya menyebabkan sekurang-kurangnya 87 orang terkorban manakala angka kematian meningkat 425
 http://www.ohdunia.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...