Sempena kedatangan
Ramadhan yang mulia ini, Mark William Calaway yang lebih dikenali dalam
dunia gusti World Wrestling Federation (WWF, sekarang WWE) sebagai The
Undertaker mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama barunya
Muhammed Ismaeel Taker (sebagai penghormatan pada tempat dia memeluk
Islam iaitu Seberang Taker, Kuala Terengganu) atau orang Ganu panggil
Pok Wel atau Ustak Wel Undertaker. Alhamdulillah. Dia juga pernah
dicalonkan Oscar untuk filem Suburban Commando dan Cinta Si Penggali
Kubur.
Berita pengislamannya
kurang mendapat perhatian berikutan dia tidak mempunyai pakej tubuh
ranum seperti Felixia Yap namun menyatakan pengislamanya itu dengan niat
yang ikhlas dan bukannya gimik semata-mata selepas kurang mendapat
tawaran bergusti dari WWE setelah kemunculan banyak bakat-bakat baru
yang hebat di arena gusti yang sedikit sebanyak menenggelamkan
populariti penggusti yang uzur sepertinya. The Undertaker berhasrat mahu
memadam gambar-gambar ketika menjadi penggusti dahulu di Instagram
secara perlahan-lahan sejak malam Nisfu Syaaban yang lalu. Dia juga baru
mengikat kontrak sebagai duta kain sarung Atlas menggantikan Deddy
Mizwar. Kami bersyukur atas rezeki The Undertaker. Pakai Atlas juga ya?
Ya pasti, jenama Atlas. Shuffle bersepah.
*Sumber dari ohbloglagi.blogspot.com menrusi detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan