Pencerobohan
Israel ke Gaza bukan saja menyebabkan ketakutan bagi warga Palestin,
malah Yahudi juga hidup dalam ketakutan. Hal ini dapat dilihat menerusi
raut wajah-wajah penduduk Israel. Mereka sangat bimbang dengan
roket-roket Palestin yang bila-bila masa saja boleh menghentam mereka.
Sejumlah
bandar di Israel tiba-tiba berubah menjadi bandar hantu, akibat
penduduknya lari ke luar negera. Lapangan terbang penuh sesak dengan
penumpang. Mereka terpaksa lari ke luar negera akibat keadaan
keselamatan di Israel tidak terjamin.
Laporan
dari beberapa Media Israel menyebut, wajah-wajah tegang mewarnai setiap
penduduk Israel. Tiap hari mereka ketakutan, menyusul kemampuan
tentangan pihak pejuang Gaza yang mampu menjadikan seluruh wilayah
Israel dalam jangkauan roketnya.
Amerika
sendiri sebagai pelindung yahudi semangnya merasakan hal yang sama.
Mereka terpaksa mengeluarkan larangan perjalanan ke Israel menyusul
keselamatan yang tidak menentu.
Laporan
PIC pada Rabu (23/7/2014) melaorkan, perang kali ini berbeza dengan
sebelumnya. Perang sebelumnya, tentera Zionis kelihatan biasa di
sempadan Gaza. Roket-roket pejuang Islam biasanya hanya sampai setakat
bandar Sederot.
Dulu
hanya penduduk di bandar Sederot saja yang dipindahkan ke kawasan
selamat oleh kerajaan yahudi. Namun sekarang, semua bandar Israel
seperti Tel Aviv, Haifa dan beberapa bandar penting yang lain boleh
dicapai sasaran oleh roket pejuang dan akibatnya beberapa bandar dan
wilayah Israel menjadi kota mati.
Roket pejuang Islam Palestin kini telah menjangkau jarak lebih dari 160 kilometer dari Gaza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan