Sejarah Peristiwa Nuzul Quran | Peristiwa agung dan istimewa
dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang
berlaku pada 24 Ramadhan.
Makna Nuzul Quran
Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah
yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama,
kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih
kurang 290 kali.
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah
atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan
atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di
dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang
meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains,
teknologi dan sebagainya.
Tarikh Sebenar Nuzul Al-Quran
Secara tradisinya umat Islam di Malaysia memperingati dan menyambut
peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan, yang sepatutnya dibuat
sambutan pada setiap 24 Ramadhan.
Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17
Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW., bersamaan
dengan tanggal 6 Ogos 610M, ketika baginda sedang beribadat di Gua
Hira. Namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang turunnya
al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos
610 M.
Peringkat Penurunan Al-Quran
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, Dan berperingkat.
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz
Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan
ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa
segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini
benar-benar berlaku.
2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia
Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait
al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3)
ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah SAW
Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para
mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke ‘Baitul Izzah’di langit ke
dunia pada malam ‘Lailatul Qadar’. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke
bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara
beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
Cara-Cara Al-Quran Diwahyukan
Isteri Rasulullah SAW, Saidatina Aishah, meriwayatkan sebelum Nabi
Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu
beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama
beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.
Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah SAW, pernah bertanya
kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah
menjawab, ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan)
loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku
mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang Ia datang dalam bentuk
jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku
menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”
Fungsi Al-Quran
Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:
1. Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad SAW
Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW,
sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah
SWT, bukannya ucapan atau ciptaan Nabi Muhammad SAW sendiri. Rasullulah
SAW telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang
kafir Quraisy. Didapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu
menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran menggubah
bahasa-bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak mereka.
2. Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah
negara, sosial, pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainya. Semua
aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi
seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua
permasalahan hidup yang dihadapinya.
Wallahu A’alam Bissowab
http://dramaraja.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan