Jumaat, 7 Disember 2012

Qariah Terkenal Malaysia Berubah Imej Moden Semenjak Hidup Bermadu



MYSG! terpegun melihat imej baru Hajah Sharifah Khasif qariah terkenal di Malaysia yang dikongsikan di laman fb beliau Sharifah Khasif. 

Ini kerana ia berbeza dari imej beliau sebelum ini yang bertudung labuh dan longgar. Mungkin ini perubahan imej baru yang ingin ditampilkan oleh Hajah Sharifah Khasif setelah bergelar isteri baru-baru ini.

 
JOHAN Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman sudah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Datuk Seri Mohamad Hizal pada 7 September lalu di Kelab Golf Ipoh, Perak dan menjadi isteri kedua. 
 
Mari kita lihat gambar-gambar Sharifah Khasif sebelum ini. 




 


Buat pengetahuan semua juga, Sharifah Khasif yang menjadi isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal telah mendapat restu daripada isteri pertamanya. Berikut adalah isi kandungan emel daripada Zakiah yang dihantar kepada Harian Metro;


“Assalamualaikum, saya, Datin Sri Shahrul Zakiah Mat Yusof, isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal Othman. Pada 22 September lalu saya terbaca pengakuan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman di dalam akhbar Harian Metro. Saya melihat perkara ini semakin kusut dan kronik sehingga saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan akhbar agar segala kekusutan dan tohmahan dapat diperjelaskan.

“Daripada pengesahan status perkahwinan yang dibuat Sharifah Khasif tempoh hari menyebabkan saya pula ditimpa panggilan, soalan dan pelbagai pertanyaan seolah-olah membayangkan saya dan keluarga dilanda kesedihan serta kemurungan. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan.


“Untuk pengetahuan semua, saya terlebih dulu dimaklumkan oleh suami mengenai pernikahannya itu sebelum ia berlaku dan saya juga bersedia untuk menerima Sharifah Khasif sebagai ahli baru dalam keluarga saya yang lebih senang dipanggil ‘adik’. Di sini, ingin saya tegaskan bahawa tidak ada berlaku kahwin sembunyi-sembunyi seperti yang diuar-uarkan. Saya berharap dan berdoa agar perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.


“Saya juga menerima suratan pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Saya menerima dengan hati yang terbuka disertai doa agar dibalas dengan kebaikan dan rahmat. Saya juga bersyukur kerana suami saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab kepada saya sekeluarga. Semoga sifatnya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Diharap pengakuan ini akan merungkai segala pertikaian yang berlaku selama ini.” katanya.
Urm...elokla kan kalau macam tu. Mungkin imej baru Sharifah Khasif ini turut direstui suaminya, mane tau kan.. Sharifah Khasif juga pernah mengendalikan rancangan Akademi Al-Quran musim keempat dan Kalam Suci sebagai pengacara. Bertuah suaminya memperisterikan Sharifah yang bukan saja cantik tetapi tinggi pengetahuan agama. Semoga rumahtangga mereka dilimpahi rahmat.
 gossipkini.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...