Selasa, 25 Disember 2012

INFO BANJIR 2011/2012 | JPS PERKENAL LAMAN WEB PUBLIC INFOBANJIR

Post image for INFO BANJIR 2011/2012 | JPS PERKENAL LAMAN WEB PUBLIC INFOBANJIR
INFO BANJIR 2011/2012 | JPS PERKENAL LAMAN WEB PUBLIC INFO BANJIR | Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperkenalkan aplikasi terbaru laman web “Public InfoBanjir” bagi menyampaikan maklumat dan amaran awal kepada orang ramai ketika berdepan dengan bencana banjir yang dijangka dihadapi pada musim tengkujuh ini.






Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, berkata sistem penyediaan maklumat ini penting untuk memastikan orang ramai lebih bersedia dan peka ketika menghadapi banjir terutamanya melibatkan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. ”Dengan adanya informasi ini masyarakat dapat membuat persediaan awal sebelum berlakunya banjir,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman berkata, sistem ini lebih memberi pendekatan kepada masyarakat untuk lebih mengenali tanda-tanda banjir. ”Maklumat yang ada pada laman web ini dibuat secara terus, bermakna masyarakat akan mengetahui bila bencana banjir yang berlaku malah segala amaran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. ”Ini kerana terdapat sesetengah kawasan yang berisiko tinggi dilengkapi dengan kamera yang dipasang untuk memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bencana banjir hanya perlu menaip ‘Public InfoBanjir‘ di internet malah turut terdapat di Facebook’ atau Twitter. Selain itu, Ahmad Husaini berkata, MSMA edisi kedua adalah penambahbaikan kepada satu manual untuk mudah dirujuk dan difahami oleh golongan perunding dan jurutera yang terlibat dalam bidang sistem saliran bagi kawasan-kawasan pembangunan. ”MSMA sebelum ini mempunyai 20 jilid kini… kita buat dalam satu buku sahaja, dengan adanya edisi ke-2 ini lebih lengkap dan dapat meningkatkan sistem saliran air negara,” katanya.

abgteror.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...