Beribu-ribu tempayang batu berada di sini.Siapa menciptanya?
Lokasi 'Plain of Jars' (segitiga biru)
Walau hanya 3 tapak dibuka, ia sudah cukup untuk mengamit hati para pelancong. Dengan 3 tapak ini juga, ia sudah memadai untuk kita semua memikirkan untuk APA tempayang batu ini dicipta dan SIAPA pula menciptanya?
Sehingga hari ini, tiada siapa dapat memberi jawapan yang bernas dan tepat.
Kelihatan para pelancong dari luar negara.
Seorang ahli geologi amatur berbangsa Perancis, Madeleine Colani menjalankan kerja-kerja arkeologi di sini pada awal 1930.
Beliau mendakwa tempayang batu gergasi ini dicipta untuk dijadikan ‘keranda’ bagi masyarakat zaman batu tersebut!.
Ini dikuatkan dengan penemuaan banyak rangka-rangka manusia dan juga barang kemas serta pasu seramik di sekitar tempayang batu tersebut.
Pada 1994, Professor Eiji Nitta dari Kagoshima University berkerjasama dengan Lao Archaeologist Thongsa Sayavongkhamdy menjalankan kerja-kerja penyeliaan dan pemetaan di Tapak 1.
Beliau juga menyokong teori yang dikemukakan oleh Madeleine Colani pada 1930-an.
Adakah tempayang ini digunakan sebagai 'keranda'?
Menurut masyarakat tempatan, tempayang ini dicipta bagi membuat Lao Lao Wine(arak beras). Tempayang ini digunakan untuk memeram arak tersebut sehingga ‘masam’.
Pada ketika dahulu, terdapat kaum gergasi yang diketuai oleh Khun Cheung. Khun Cheung telah mengarahkan kaumnya untuk membina tempayang ini bagi membuat Lao Lao wine bagi meraikan kemenangan mereka selepas satu siri peperangan hebat.
Terdapat juga versi lain, menurut masyarakat setempat, tempayang ini dicipta bagi menadah hujan pada musim monsun. Mereka akan menggunakan air hujan ini untuk pelbagai tujuan. Ia juga digunakan oleh para pengembara sebagai air minuman mereka.
Bandingkan saiz tempayang ini dengan manusia.
TAKUSAHRISAUBLOGSPORT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan