Isnin, 24 Disember 2012

Resepi - Roti Paun Lemak (Tanpa Telur)

Roti_paun_lemak 
Dengan cara mudah, all-in-one method, doh yang boleh dipelbagaikan ikut selera dan sesuai buat sarapan dan minum petang.... :)  

Bahan-bahan ( 2 loyang 8 inc. bulat )

  • 6 cawan tepung gandum - ayak
  • 2 sb yis kering Mauripan
  • 2 sk garam
  • 4-5 sb gula halus
  • 1 cawan susu segar - hangat *
  • 1 cawan air - hangat* (campur bahan *)
  • 4 sb minyak masak
  • secukup inti pilihan
  • mentega atau majerin untuk mengoles

Cara-cara

  1. Roti_paun_perap
    Satukan 4 bahan pertama dalam mangkuk dan gaul rata.Tuang campuran susu dan air hangat sedikit2 sambil di uli sebati.Masukkan minyak dan uli terus hingga doh menjadi elastik.
  2. Roti_paun_kembang
    Tutup mangkuk dan diamkan doh selama 45 min atau hingga kembang 2 kali ganda.
  3. Roti_paun_bulat
    Tumbuk2 doh dan bahagi kepada 6-8 bahagian untuk 1 loyang. Isi inti pilihan jika suka (akak buat roti kosong aje), bulat2kan dan susun dalam loyang yang disapu mentega/majerin.
  4. Roti_paun_bulat_kembang
    Diamkan bebola doh tadi lagi 30 min.
  5. Roti_paun_siap_ 
     Bakar selama 25 min pada suhu 160 min atau sehingga roti kecoklatan mengikut kepanasan oven masing2. Keluarkan roti dan segera sapu permukaan roti dengan mentega/majerin supaya kelihatan kilat. 
    kakfida/myresepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...