Jumaat, 7 Disember 2012

Bunga Unik Ini Berbentuk Hati

Bunga unik yang berbentuk hati atau 'love' ini juga digelar dengan nama Bleeding Heart (Dicentra spectabilis) atau dengan nama lain Venus' Car, Dutchman's Trousers atau bunga Lyre, ada juga yang menamakannya Bunga Hati. Bleeding Heart atau Bunga Hati ini pertama kali ditemui tahun 1846 oleh Pak Robert Fotrune, seorang pengkaji tumbuh-tumbuhan dari Scotland, Ketika beliau berada di Cina. 
 
 
 


Bunga ini tumbuh di wilayah Asia Timur, Jepun dan Siberia. Bunga unik ini hidup di tempat yang teduh. Bunga berbentuk hati tanda cinta ini memang tidak tahan dengan cuaca panas. Bunga Hati ini tumbuh bergantungan pada batang yang mampu menghasilkan 3 hingga 15 bunga.Kononnya, nama bleeding heart atau hati yang berdarah ini berasal dari sebuah dongeng. 
Dongeng tersebut mengisahkan tentang seorang pemuda yang jatuh cinta dengan seorang putri. Pemuda itu memberikan bermacam - macam hadiah. Di antaranya, dua ekor arnab dan sepasang anting-anting. Namun, sang putri menolaknya sehingga pemuda itu sedih sekali sampai menikam pisau belati ke dadanya. Apa kaitan dongeng ini dengan bunga "Love" ? 
Jika kedudukan bunga ini di terbalikkan dan kelopak-kelopak merah mudanya jika dilipat ke atas seolah-olah kelihatan seperti telinga arnab. Dan, jika kelopak putih dipisahkan dari kelopak merah, akan berbentuk seperti anting-anting. Kemudian, jika benang sari yang berada di tengah ditarik, maka kelihatan seperti sebilah pisau yang menusuk hati. Wow! betapa unik dan indah bukan ?
 alamcyber.blogspot

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...