Khamis, 17 Julai 2014

Video Kumpulan Nasyid Popular Hijjaz Berjudul ‘Al-Qassam’..

Klip video kumpulan nasyid popular Hijjaz berjudul ‘Al-Qassam’ disifatkan tidak ada hubung kait dengan jihad.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, klip video yang kian mendapat perhatian, khususnya di kaca televisyen Gaza itu dilihat hanya satu nasyid yang berunsur keagamaan.

"Ianya tidak ada hubung kait dengan jihad...tidak ada kena mengena dengan roket yang dilancarkan.

"Ia hanya satu nasyid yang berunsurkan keagamaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Zahid berkata demikian ketika mengulas klip video berdurasi 5 minit 34 saat oleh kumpulan nasyid, Hijjaz berjudul ‘Al-Qassam’ yang dilancarkan ketika Gaza berhadapan dengan serangan udara Israel.


Jom  tengok






Lagu asalnya adalah lagu tema Briged al-Qassam yang menjadi nadi utama pertahanan di Gaza. Lagu berkenaan diterjemah oleh kumpulan Hijjaz sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.

1 ulasan:

  1. Nak buat video klip bertajuk Al-Nazi pula lepas ni? Korang pulak?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...