Ahad, 20 Julai 2014

Kenali Pencipta Semburan Buih Di Piala Dunia 2014


vanisihing spray 3, world cup, piala dunia
vanisihing spray
Salah satu perkara baru dalam bola sepak di Piala Dunia 2014 ialah penggunaan penyembur buih (Vanishing foam spray) untuk membuat garisan semasa sepakan percuma.

Tujuan penggunaan semburan ini ialah, supaya pemain yang membuat benteng (wall) akan berdiri pada jarak yang betul dan juga bola yang akan disepak berada di tempat yang betul.

Nampak mudah dan ringkas. Tapi siapakah yang mencipta benda mudah dan ringkas ini?




Versi awal idea menggunakan semburan ini muncul pada tahun 80-an. Ianya cuba dikembangkan dan dibangunkan oleh sebuah syarikat dengan mendapat kerjasama dari Sir Bobby Charlton dan seorang pengadil liga inggeris Neil Midgley. Tapi English FA telah menolak idea itu.

Ianya telah dicipta oleh Pablo Silva dari Argentina pada tahun 2002 dengan nama panggilan 9:15 Fairplay. Seterusnya dia telah mengkomersialkan produk ini untuk pasaran tempatan dahulu.
http://boladaily.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...