Khamis, 17 Julai 2014

Panduan Amalan 10 Malam Akhir Ramadhan

Ramadhan hampir berakhir,pasti ada diantara kita ingin melakukan ibadah yang dapat memberikan pahala bonus Ramadhan. Berikut dikongsikan amalan 10 malam akhir Ramadhan .

Tips Lailatulqadar
Panduan Cari Lailatulqadar

Panduan Amalan 10 Malam Akhir Ramadhan
1. Jangan biarkan prestasi kita dalam Ramadhan setakat ini mempengaruhi prestasi kita pada 10 maam terakhir. Keampunan Allah boleh datang bila-bila. Perlu positif dan ikhlas dalam ibadah.
 

2. Baca tafsir Surah Al Qadr untuk faham apa sebenarnya berlaku pada malam Al Qadr bagi merasai kehebatannya.

3.Jangan tunggu sehingga mlm ke 27 baru nak bersungguh-sungguh. Sasarkan kesemua 10 mlm & berjaga mlm pada semuanya. Jangan terlepas lailatu qadr hanya sebab 'kebetulan'.

4. Hadis- siapa yang berjaga mlm & bersolat/berdoa pada mlm Qadr disebabkan keimanan & berharap balasan pahala, dosa-dosanya yg lalu diampunkan

5. Selalu berdoa dan terus berdoa. Mohon keampunan, mohon keberkatan, mohon murah rezeki dan yang paling penting ikhlas dalam berdoa.

6. Sediakan senarai doa - apa yg betul-betul kita nak dalam dunia ini, dalam agama kita, keluarga & akhirat.Jagan lupa masukkan doa ikhwah  kita kepada muslim lain khususnya yang sedang menderita seluruh dunia.

7. Tidur sekejap waktu siang. Jagan makan kenyang sangat dan harus tidur terus lepas isya". Lepas tidur sekejap, terus bangun dan bersiap untuk beribadah  malam.

8. Jangan abaikan isteridan anak-anak. Sediakan minda dan psikologi mereka untuk buat mereka teruja untuk bangun malam bagi merbut peluang ini.

 9. Pakai pakaian terbaik bila bangun untuk qiam  malam akhir ramadhan  ini, pakai wangian, & rasai tenaga yang lahir dari keadaan minda/ psikologi yg bersedia ini

10. Pilih satu tempat dimasjid/ dirumah yang boleh bersendiri & rasa tenang. Sediakan quran, sejadah, air disisi agar tidak perlu kesana kemari waktu beribadah itu.

11. Tutup semua komputer, whatsapp dll. Putuskan hubungan dengan dunia, hebatkan hubungan dgn Allah

12. Jika mengantuk, selang seli antara qiyam, doa, baca quran. Hanya dengar ceramah / tazkirah dll jika amat mengantuk. Jika tidak, elakkan .

13. Kuncinya ialah kesabaran. 10 mlm terakhir ini mngkin sangat meletihkan kerana masih berkerja/ bersekolah.tapi inilah masanya unttk bersabar dengan segala kepayahan ini. Fikirkan bagamana Allah telah merahmati kita dgn malam alQadr ini yang mngkin tak akan datang lagi dalam hidup kita. Jika kita tahu ramadhan tak akan dtg lagi bagi kita, jika kita tahu Jannah sedang ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang mahukannya, tentu kita akan pecut kepadanya, walau dalam keadaan kepayahan bagaimana sekalipun.

14. Yang paling penting- yakin pada Allah dan kita harap yg terbaik, Dia akan beri pada kita yg terbaik. Jangan teragak-agak. Curahkan hati & perasaan kita padaNya. Aminn. 
 http://www.kacamataview.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...