Brigade al-Qassam, sayap
tentera gerakan Hamas, mendedahkan pihaknya telah melengkapi sebahagian
dari roket-roket yang ditembakkan ke Tel Aviv dengan teknologi baru.
"Sitem pertahanan kami
membuatkan Iron Dome mereka tidak boleh mengesannya sehingga roket-roket
mampu melepasi anti peluru berpandu Israel itu."
Sebelumnya, Sabtu malam,
(12/7/2014) Brigade al-Qassam kembali melakukan serangan peluru
berpandu ke bandar Tel Aviv dan kawasan pinggir selatan bandar dengan
menggunakan roket jenis J80.
"Pukul 21.00, kami telah
melepaskan 3 roket tahap pertama untuk jenis J80 dan dua buah roket
ditembakkan para pukul 21.05 ke arah Beit Yam. Sistem pertahanan peluru
berpandu dan radar mereka tidak mampu mengesan kedua-duanya kerana telah
dilengkapi dengan teknologi yang kami sematkan sehingga tepat pada
sasaran. "
Brigade al-Qassam
menambah, empat buah roket jenis J80 yang tidak dilengkapi dengan
teknologi ini telah dilancarkan pada pukul 21.08 ke wilayah tengah Tel
Aviv. Sistem Iron Dome berusaha untuk menghalangnya, namun salah sebuah
peluru berpandu Iron Dome meletup di atas Ashkelon yang menyebabkan
kecederaan.
Brigade al-Qassam
menyatakan bahawa empat buah roket jenis J80 yang tidak dilengkapi
dengan teknologi ini dilancarkan pada pukul 21.12 ke arah utara Tel
Aviv.
Dalam kenyataan Brigade
al-Qassam berkata, selain sasaran tembakkan roket ini, yang paling
penting adalah untuk membuktikan kepada Israel bahawa Brigade al-Qassam
terus berkembang kemampuannya dan akan membuatkan Israel kalah.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | ra/islampos/pip
(Roket-Roket Brigade Al-Qassam Ternyata Dilengkapi Teknologi Pengacau)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan