Bila bangun pagi, si kecil yang berusia tiga tahun akan memuncungkan
mulutnya tanda protes. Puas mama memujuk tetapi akhirnya dia bertambah
mengamuk. Mama sudah habis idea bagaimana cara terbaik untuk menangani
anak cepat mengamuk.
Perbuatan mengamuk memang biasa ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila
mereka marah atau kecewa. Perlakuan ini selalunya bermula dengan
menjerit dan menangis sehingga memukul, menggigit, menghentakkan kaki,
mengguling-gulingkan badan atau membaling barang.
Tabiat seperti ini memang menguji kesabaran ibu bapa dan menimbulkan
rasa malu dan geram terutamanya jika anak mereka mengamuk di hadapan
tetamu, di luar rumah atau di tempat awam. Ketika menghadapi situasi
ini, ibu bapa perlu terus mengawal kesabaran, menilai perbuatan anak
berkenaan dan merangka strategi untuk membimbingnya ke arah tingkah laku
yang positif.
Untuk berjaya mengawal perasaan anak, ibu bapa terlebih dahulu perlu
mengawal perasaan diri sendiri. Kebiasaannya perbuatan mengamuk berlaku
dalam kalangan kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun. Mereka masih
dalam peringkat mengenali siapa diri dan meguji sejauh mana boleh atau
tidak boleh melakukan sesuatu perkara.
Cara mengatasi
Selain itu penguasaan bahasa dan cara berkomunikasi yang masih terhad
mendorong kanak-kanak yang masih kecil untuk mempamerkan perbuatan yang
cepat menarik perhatian ibu bapa seperti menangi atau menjerit. Ia
sememangnya perbuatan normal dalam kalangan usia mereka.
Namun jika ia dilakukan oleh kanak-kanak berumur enam tahun, ia
dianggap keterlaluan kerana kanak-kanak usia ini sudah mencapai tahap
perkembangan bahasa yang jauh lebih baik berbanding kanak-kanak lebih
kecil.
Mereka sudah boleh meminta dan memberitahu keinginan mereka selain
mendengar dan memahami apa yang diterangkan oleh ibu bapa. Justeru
perbuatan mengamuk sepatutnya bukan satu perkara yang boleh diterima
bagi usia ini. Cara berkesan untuk mengawal anak yang sudah ‘besar’
daripada mengamalkan perbuatan mengamuk ialah dengan memberitahunya
secara terus-terang bahawa perbuatannya itu tidak boleh mengubah keadaan
dengan mengikut kehendaknya, dan dia tidak akan dilayan.
Sebagai ibu bapa, anda perlu tegas membuktikan kepada anak apa yang
telah dinyatakan, dia akan beransur-ansur mengurangkan perbuatan
mengamuknya dan sekiranya perbuatan itu tidak mendapat layanan dan
ganjaran, lama-kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya.
pama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan