Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin.
Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan
banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan
buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.
Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya, di bawah 10 senarai makanan yang boleh menggantikan vitamin
Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.

Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.

Nanas - vitamin A, B, dan C.

Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.

Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.

Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.
Kalau
anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan pelbagai
jenis sayuran dan buah-buahan lain merupakan sumber vitamin yang baik
untuk kesihatan. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai
kandungan vitamin yang tersendiri dan boleh dikatakan hampir semua
makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah
jenis-jenis vitaminnya.
panduan-tips-petua.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan