Sabtu, 19 April 2014

Rahsia Berjaya dan Bahagia di Dunia dan Akhirat


  
Sumber: Fb
7 Sunnah yang menjadikan Rahsia Hidup Berkat, Berjaya dan Bahagia.. Insha Allah:
 
 
# Menjaga wudu'
Jadikan hidup dan diri kita sentiasa berwudu'
# Tahajud dan Witir
Tahajud ni, jika tak mampu buat setiap malam, niatkan untuk seminggu sekali, jika tidak mampu sebulan sekali, jika tak mampu setahun sekali, jika tidak mampu sekali seumur hidup... tu kira teruk sangat dah la tu kalau sekali pun tak pernah buat.
# Solat Berjemaah
Jadikan solat berjemaah sebagai amalan. Solat berjemaah 27 kali ganda berbanding solat sendirian... Jika sudah berkahwin, sangat digalakkan solat berjemaah.. Sesekali suami ke masjid dan sesekali suami menjadi imam di rumah... Sweet kan... (^_^)
# Tadabur al-Quran
Tadabur al-Quran, bukan membaca al-Quran. Maksudnya, membaca, memahami, mendalami maksud serta menghayati al-Quran serta mengamalkan hukum hakam dan segala apa yang terkandung dalam al-Quran. 

# Solat Dhuha
Solat yang sangat banyak fadhilatnya.. Hanya dua rakaat di waktu dhuha... Banyak kelebihan jika dapat lakukan dengan istiqamah.
# Puasa Isnin-Khamis
Melazimkan diri berpuasa Isnin dan Khamis setiap minggu, jika tak minggu sebulan sekali... Seronok jika dapat buat kan... Perut pun dapat berehat juga sebenarnya.
# Sedekah
Sedekahlah apa sahaja yang ada, tak sikit banyak... Beri apa sahaja yang kita ada.. jika ada tenaga, sedekah lah tenaga untuk kebaikan, jika ada harta sedekahlah harta... Jika tak mampu, sedekahlah doa... 
Seronok jika dapat laksanakan sunnah ni dengan istiqamah kan... aku yang menulis entry pun  rasa bahagia je... apatah lagi kalau kita dapat buat bersama... Jom kita usaha untuk lakukannya... Niatkan dalam diri dan usaha untuk buat dan amalkan 7 sunnah yang hebat dan mudah ini.. Insha Allah inilah jalan menuju kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Insha Allah...
myfirdz-trulylove.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...