Fungsi tulang dalam tubuh mempunyai peranan
yang sangat penting sebagai penyokong organ yang lain. Tanpa tulang, badan pasti
akan kesulitan untuk berdiri tegak.
Tulang mula terbentuk sejak bayi dalam
kandungan dan berlangsung terus sampai dekad kedua dalam susunannya yang
teratur. supaya tulang tumbuh dengan normal
harus dijaga pertumbuhan dan kesihatannya sejak usia awal. Salah satunya tentu saja
dengan mengambil makanan yang tepat dan bersenam secara teratur.
Sebagaimana diketahui bahawa makanan yang
baik untuk tulang pada dasarnya terdiri dari dua yakni vitamin D dan juga
kalsium. Vitamin D sangat diperlukan oleh tubuh kerana
peranannya dalam menyerap kalsium.
Sedangkan kalsium merupakan mineral penting
dalam tubuh yang disimpan di dalam tulang. Kalau dalam kehidupan
seharian anda tidak mendapatkan kalsium maka kecenderungan tulang menjadi rapuh
sangat besar yang mengakibatkan tulang akan mudah patah. Berikut ini merupakan
makanan yang sangat baik untuk menjaga keadaan tulang tetap sihat dan kuat.
Susu
Susu memang sangat baik untuk kesihatan dan
menjaga kekuatan tulang. Susu banyak mengandungi kalsium dan juga
vitamin D merupakan alasan kuat untuk mengambilnya secara teratur 2-3 kali
dalam setiap harinya.
Sayuran Berdaun Hijau Gelap
Belum banyak yang tahu bahawa sayur-sayuran
berdaun hijau gelap seperti salad air dan juga kangkung menjadi alternatif
sumber kalsium non-susu yang baik.
Namun, harap diperhatikan bahawa daun bayam
yang juga termasuk dalam sayuran hijau berdaun gelap ini mengandung asam
oksalat yang membuat kalsium yang terkandung di dalamnya tidak boleh diserap
oleh tubuh manusia.
Ikan keli
Ikan keli mengandungi vitamin D dan juga
kalsium yang baik untuk pertumbuhan dan memperkukuh tulang. Dalam setiap 100 gram
daging ikan keli terkandung sebanyak 15 mg kalsium yang sangat berperanan untuk
menguatkan tulang.
Ikan Salmon
Vitamin D juga boleh didapati dalam ikan
berlemak seperti ikan salmon. Cukup dgn makan ikan salmon utk keperluan
vitamin D harian anda. Tulang ikan salmon yang
biasanya mudah dimakan terutama sudah dalam bentuk tin pun banyak mengandungi
kalsium.
Keju
Keju diperbuat daripada susu yang sudah tentu mengandungi banyak kalsium. Keju jenis Mozarella
mempunyai jumlah kalsium yang sangat tinggi sehingga sangat tepat untuk anda
jadikan sebagai makanan yang dimakan setiap hari.
Yoghurt
Yogurt ini mengandungi jumlah kalsium yang
lebih banyak berbanding susu.
Almond
Almond mempunyai jumlah kalsium yang tinggi
dalam setiap bahagiannya. Anda juga boleh mendapatkan manfaat kalsium
yang sama dari mentega badam. Selain itu, badam juga mengandungi kolesterol
dan lemak yang rendah serta mempunyai kandungan protein yang tinggi berbanding
mentega kacang.
Brokoli
Brokoli merupakan sumber vitamin D yang baik
selain susu dan juga sayur-sayuran berdaun hijau gelap. Dan kandungan kalsiumnya
cukup tinggi kerana hampir setara dengan kalsium pada segelas susu.
Selain itu, ada banyak kandungan lain di
dalam brokoli, seperti sumber vitamin C, serat, dan juga nutrisi yang
mengandungi sifat untuk melawan kanser.
Itulah makanan yang banyak
mengandung kasium dan vitamin D yang sangat baik untuk pertumbuhan, menjaga
kekuatan, dan kereputan tulang. Maka disyorkan bagi anda
yang menginginkan tulang yang kuat dan baik untuk mengambil pelbagai makanan
di atas secara konsisten.
jutawanrealiti.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan