Perempuan adalah makhluk tuhan yang suka merajuk dan sebagai lelaki
kita perlu peka dengan perubahan tingkah lakunya yang mudah berubah.
Jadi bagaimana caranya bagi memujuk isteri mahupun kekasih yang suka
merajuk. Di sini kita utarakan tip-tips dan panduan bagaimana memujuk
kekasih mahupun isteri anda yang suka merajuk 24 jam.
BAGAIMANA MEMUJUK ISTERI MERAJUK 24 JAM
# 1 Beralah/Mengalah
Sebagai lelaki anda perlu beralah dengan karenah pasangan atau isteri
anda yang mudah merajuk. Beralah ataupun mengalah bukan bererti kalah,
anda mengalah bagi meredakan suasana.
# 2 Maaf
Sekiranya anda melakukan kesalahan anda perlulah meminta maaf. Jangan
disebabkan ego anda yang tinggi menyebabkan isteri mahupun kekasih anda
merajuk sehingga mengeruhkan hubungan anda.
# 3 Hadiah
Berikan hadiah sebagai tanda pujukan. Wanita amat suka pada hadiah
seperti teddy bear dan bunga. Sila sertakan kad mahupun surat menyatakan
maaf anda.
# 4 Pujian
Ringankan mulut anda untuk memuji isteri anda. Wanita sebenarnya amat
suka pada pujian walaupun mereka menafikannya. Pujian kepada sidia
akan menyebabkan isteri anda yang merajuk itu lembut hati dan memaafkan
anda.
# 5 Komunikasi
Cuba ubah cara anda berkomunikasi dengan isteri anda. Mungkin cara
anda bercakap dengannya menyebabkan isteri mudah merajuk dan
tersinggung.
# 6 Gunakan Anak
Bagi memujuk isteri anda yang merajuk anda boleh menggunakan anak
anda sebagai pengantara. Gunakan anak anda sebagai pengirim dan suruhla
anak anda mengatakan sesuatu ataupun mengirim surat maaf melaluinya dan
pohon anak anda kembali kepada anda dengan balasan dari si isteri.
Pastikan tiada kiriman ayat-ayat pujukan yang negatif atau berunsur
marah. Sekiranya anda menggunakan anak anda dengan baik dan ayat-ayat
positif, keadaan mungkin berubah menjadi lucu dan anda berjaya memujuk isteri anda itu.
# 7 Makanan
Bawa pasangan anda makan di luar dan makan makanan yang sedap-sedap.
Lebih bagus lagi bawa sidia ke restoran kegemarannya ataupun tempat
makanan yang menarik di ibu kota.
# 8 Luang Masa
Bawa isteri anda yang merajuk itu bersiar-siar samaada melancong, berjalan di taman ataupun menonton wayang di pawagam.
# 9 Fahami dan Perhatian
Isteri yang mudah merajuk sebenarnya mahukan perhatian daripada anda.
Berikan sepenuh perhatian kepadanya dan cuba selami perasaan isteri
anda.
# 10 Beri Masa Bertenang
Sekiranya isteri anda merajuk dan cara-cara diatas tidak berkesan
bagi memujuk isteri anda yang mudah merajuk maka pendekatan yang baik
adalah beri masa kepada isteri anda untuk bertenang. Lama-kelamaan
isteri anda pasti akan reda kemarahannya.
bagaimana.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan