Kita biasa dengar Pulau Tioman, Pulau Sipadan, Pulau Perhentian dan
Pulau Redang. Tidak dinafikan, itu ialah pulau yang cantik dan antara
pulau menarik di Malaysia.
Namun, bagaimana dengan pulau-pulau lain yang kurang popular dan tidak banyak mendapat promosi di media?
Mari sama-sama ketahui pelbagai lagi pulau menarik di Malaysia yang tidak ramai orang tahu.
1. Pulau Banggi, Kudat, Sabah
Foto Kredit: http://www.sunnyrainbowtours.com.my
Kalau mahu tahu, menurut Wikipedia, Pulau Banggi ini adalah pulau terbesar di Malaysia. Lebih besar dari Langkawi dan Pulau Pinang!
Foto Kredit: irwanfieldteam.wordpress.com
Baca catatan kembara dan pengalaman ke Pulau Banggi untuk maklumat lanjut. Jika minat diving, jangan lupa singgah ke sini juga.
2. Pulau Aur, Mersing, Johor
Foto Kredit: johor.attractionsinmalaysia.com
Johor ada pulau? Ingatkan cuma Legoland dan Hello Kitty Land sahaja.
Terletak di sebelah pantai timur di daerah Mersing, Pulau Aur adalah
khazanah yang cukup cantik. Sehinggakan anak jati Pulau Aur ini cukup berbangga dengan kecantikannya.
Foto Kredit: akukahtuah.blogspot.com
Cuma harus diingat, seperti perkongsian blogger akukahtuah, tidak ada kaunter untuk beli tiket untuk ke Pulau Aur. Kena pandai-pandai cari bot sendiri. Bagi yang minat memancing di laut dalam, jangan lupa lepaskan peluang untuk merasai pengalaman memancing di Pulau Aur.
3. Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu
Foto Kredit: holidaygogo.com
Mungkin pulau ini tidak sepopular Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Sebaliknya, ia adalah tumpuan bagi
divers dan peminat skuba di seluruh dunia. Yang
minat snorkeling juga boleh ke sini.
Foto Kredit: visit-terengganu.com
Menurut visit-terengganu.net, pantainya sangat landai dan amat sesuai untuk anak-anak kecil. Layari laman web rasmi di pulautenggol.com dan tenggolisland.com untuk maklumat lanjut.
4. Pulau Sebatik, Tawau, Sabah
Foto Kredit: https://www.pinterest.com/pin/39476934203867221/
Dari segi geografi,
pulau ini sangat menarik kerana terbahagi kepada dua wilayah. Bahagian
utara dimiliki Malaysia manakala bahagian selatan pula dimiliki
Indonesia. Bermakna,
satu pulau dua negara. Menarik bukan?
4. Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah
Foto Kredit: aqim22.deviantart.com
Menurut Wikipedia, Pulau Bum Bum terletak berhampiran dengan perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
Ikuti pengalaman seorang pengembara yang ke sana suatu masa dahulu dan juga
pengalaman seorang cikgu yang bertugas di SK Bum Bum.
5. Pulau Mataking, Sabah
Foto Kredit: mataking.com
Tidak perlu cakap banyak, lihat gambar sahaja sudah buat mulut kita
terlopong. Malah terdetik di hati, benarkah ada pulau sebegini di
Malaysia?
Foto Kredit: divinginsipadan.com
Laman sabahtourism.com
mencadangkan agar pengunjung tidak melepaskan peluang berjalan kaki di
Pulau Mataking Kecil sambil menikmati keindahan alam. Cuma 20 minit
sahaja dari pulau yang utama.
Lihat sendiri kecantikan di sana, biarkan foto berbicara.
Akhir kata
Tidak perlu ke luar negara untuk nikmati keindahan pantai dan pulau.
Ini kerana negara kita sendiri menyajikan destinasi yang hebat untuk
kita sekeluarga.
http://siraplimau.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan