Kadang kulit wajah lebih serasi kalau guna bahan alami. Walau kesannya kagak ambil masa yang lama tapi jika kosisten, anda boleh dapat keputusan yang lebih luar biasa. Untuk awal penggunaan, anda perlu amalkan setiap minggu. Ok, sekarang pilih dulu mana satu bahan yang mudah untuk anda buat...
 
 
1. Peria Katak Rahsia Awet Muda
Amalkan makan peria katak setiap hari. Sama ada dimasak sebagai sayur atau dijadikan ulam. Peria katak mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dalaman wanita. Agar mendapatkan hasil terbaik, peria katak mentah adalah yang terbaik. Amalkan, anda pasti gembira dengan hasilnya.
 
 
2. Bawang Merah Pudarkan Jeragat
Potong bawang kepada dua bahagian. Kemudian, gosokkan bawang pada bahagian yang bermasalah. Gosok secara perlahan-lahan, lakukan setiap malam sebelum tidur. Jeragat akan beransur pudar.
 
 
3. Lidah Buaya Atasi Jerawat
Bagi anda yang berdepan dengan masalah jerawat. Sapukan bahagian berjerawat dengan lendir lidah buaya. Biarkan sehingga kering, bilas dengan air suam. Jerawat akan kecut dan tidak meninggalkan parut.
 
 
4. Asam Jawa Hilangkan Parut
Ramas asam jawa bersama sedikit air. Bancuh sehingga pekat, kemudian sapukan pada parut. Lakukan sekerap mungkin, parut akan semakin pudar. Petua ini amat sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai parut demam campak.
 
 
5. Air Limau Nipis Kuruskan Badan
Perahkan limau nipis, jadikan jus. Pastikan air perahan ini pekat. Bagi mendapatkan rasa yang enak, letakkan sedikit gula. Minum jus limau nipis dua kali sehari selepas makan tengah hari dan makan malam. Berat akan turun secara perlahan-lahan.
 
 
6. Kapur Sirih Kempiskan Perut
Perah limau nipis, campurkan dengan kapur sirih. Bancuh bahan sehingga pekat. Lumurkan pada bahagian perut. Biarkan kering, kemudian pakai bengkung. Lakukan petua ini setiap hari sebelum tidur. Perut buncit dapat diatasi dengan cara yang selamat dan berkesan.
 
 
7. Bayam Haluskan Kulit
Ambil segenggam daun bayam dan bersihkan. Tumbuk kesemua daun bayam sehingga lumat dan halus, boleh juga dikisar. Selepas itu, campurkan dengan kuning telur, madu dan air mawar. Gaulkan kesemua bahan itu hingga rata. Jadikan ramuan ini sebagai masker. Lakukan dua kali seminggu, kulit wajah akan menjadi halus dan lembut.
mingguan wanita