Kenali, Atasi Dan Jauhi Penyakit Batu Karang
Apa itu penyakit batu karang?
Penyakit batu karang bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia terutamanya. Batu karang atau “renal stone” membawa maksud terdapat batu di buah pinggang atau salur kencing seseorang. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakkan mineral dalam air kencing. Selalunya kaum lelaki lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini, namun kaum wanita juga juga tidak terkecuali dari mendapat penyakit ini.
Bagaimana boleh terjadi?
Batu karang terbentuk disebabkan beberapa faktor. Faktor yang utama adalah disebabkan tubuh seseorang itu kurang air. Ini terjadi mungkin disebabkan kurang nya meminum air dan banyak berpeluh. Selainnya, batu karang juga berpotensi untuk terbentuk apabila seseorang memakan banyak makanan yang mengandungi protein seperti daging merah, makanan yang masin, minum banyak kopi dan teh dan sebagainya. Batu karang juga lebih mudah terbentuk apabila seseorang itu mumpunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Tanda-tanda seseorang mempunyai batu karang
Kebiasaannya batu-batu yang bersaiz kecil akan keluar dari tubuh seseorang melalui air kencing. Namun, sekiranya batu ini mempunyai saiz yang agak besar, ia akan mula tersekat dalam salur kencing dan menyebabkan individu itu berasa tidak lawas apabila kencing, kencing yang sedikit, kerap kencing dan juga sakit yang tidak tertahan yang dapat dirasai di bahagian belakang pinggang. Selain itu, individu itu mungkin juga akan demam, muntah-muntah, loya, kencing berdarah dan berasa sakit apabila kencing.
Cara merawat dan mengatasi
Batu karang yang tidak terkeluar melalui air kencing memerlukan rawatan yang membolehkan batu itu keluar dari buah pinggang atau salur kencing yang tersumbat. Doktor akan memberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit yang dialami pesakit. Kemudian, pembedahan kecil diperlukan untuk membuang batu karang itu.
Nasihat pencegahan
Untuk mengelakkan dari perkara ini terjadi, dinasihatkan supaya seseorang itu meminum banyak air setiap hari terutamanya mereka yang melakukan pekerjaan yang menyebabkan mereka cepat berpeluh dan terdedah kepada panas matahari seperti penoreh getah dan nelayan. Kita juga disarankan unutk meminum air sebanyak 2.5-3 liter sehari. Selain itu, hendaklah mengurangkan pemgambilan mekanan dan minuman seperti daging merah, kopi dan teh.
Akhir kata, berjumpalah doktor debgan segera apabila mendapati terdapat gejala2 yang disebutkan di atas berlaku. Seperti kebiasaannya, ‘Mencegah lebih baik dari merawat’.
p/s: Haa…Jangan lupa minum air kosong yang banyak ketika berbuka untuk mengambalikan kandungan air dalam badan kita…Wallahua’lam….
Doktor Cahaya Purnama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan