Sesi persekolahan dah bermula. Justeru iu para ibubapa dan guru perlu baca artikel ini............Panduan untuk membantu pelajar sekolah untuk cemerlang dalam pelajaran. Petua untuk berjaya dalam peperiksaan.
Tip-tip di bawah boleh dipraktikkan untuk berjaya sebagai pelajar.
1. Pastikan diri sentiasa sihat fizikal dan mental
* Jika sakit, dapatkan rawatan awal selain sentiasa melakukan senaman untuk memperoleh minda sihat dan cergas.
2. Sentiasa berfikiran positif dan penuh keyakinan diri
* Jangan terlalu taksub untuk memperoleh keputusan cemerlang hingga mengakibatkan diri rasa tertekan. Sebaliknya bina fikiran positif seperti "saya boleh melakukannya" atau " tidak mengapa saya kurang cemerlang pada kali ini, tapi saya tetap tidak berputus asa" dan sebagainya.
3. Duduk di barisan depan
* Kelebihannya ialah dapat memberi fokus terhadap proses pembelajaran yang sedang berlangsung.
4. Gunakan pelbagai teknik belajar
* Teknik belajar yang menarik boleh membantu pelajar lebih mengingati fakta dan tidak jemu. Lakukan perbincangan berkumpulan, nota dan peta pelajaran.
5. Sentiasa membuat ulang kaji terutama selepas habis kelas.
* Jangan bertangguh untuk membuat ulang kaji supaya pemahaman lebih jelas. Otak hanya boleh mengingati fakta selama tiga hari saja.
6. Jangan membazirkan masa membuat pembacaan berulang.
* Bacaan yang dilakukan berulangan ditakuti akan memberi pemahaman salah atau berkecamuk. Lakukan pembacaan hanya untuk memahami fakta dan selebihnya mengikut pemahaman sendiri.
7. Jangan ponteng kelas.
* Tidak hadir ke kelas tanpa sebab munasabah sangat merugikan kerana akan ketinggalan sesi pembelajaran penting. Cuba hadir ke kelas kerana pemahaman di dalam bilik darjah boleh menyumbang pada kecemerlangan.
cicinta
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan