General Motors, sebuah syarikat automobil
dari US telah membuka kilang pemasangan kenderaan pertama di Malaysia
pada 1970an. Mereka telah membeli Capital Motors Assembly Plant
di Johor dan telah mengeluarkan beberapa model kereta seperti Opel
Kadett, Manta, T-Car Gemini serta Holden Kingswood. Namun,
setelah syarikat kenderaan Jepun menguasai pasaran Asia, syarikat
pengeluar barat telah mengaku kalah dan berhenti mengeluarkan kenderaan
di Malaysia pada 1971. Harimau dipasang dan dekeluarkan di Johor dan
dijual dengan harga yang murah.
Namun, oleh kerana tujuan Harimau
dihasilkan khas untuk kegunaan perladangan tau agrikultur, model ini
hanya mendapat sambutan meluas dari penduduk luar bandar yang memerlukan
kenderaan seperti Harimau. Ketika itu juga syarikat pengeluaran kereta
dari Jepun telah mengambil alih pasaran kereta di Malaysia dengan
memperkenalkan model yang lebih mesra pengguna. Oleh itu, pihak
GM telah mengambil keputusan untuk menjual kilang di Johor itu kepada
syarikat Oriental Holdings yang kemudiannya menjadi tempat pembuatan
kereta Honda.
http://kisahbest.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan