Ahad, 28 April 2013

7 gunung tertinggi di dunia

Aku nak share sikit info pasal 7 gunung tertinggi di dunia... Aku tahu korang mesti dah alah dengan benda ni tapi aku share je, nak simpan dalam blog ini kot2... Kewujudan gunung-gunung tertinggi ini merupakan bukti kebesaran Allah yang tidak terhingga. Dia sangat luar biasa dan manusia harus menghormati Dia selama-lamanya.

1. Gunung Everest - Gunung Tertinggi di Dunia

Everest ialah gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian yang mencecah 8,850m. Gunung ini terletak banjaran Himalaya, di sempadan Nepal dan Tibet. Sherpa Nepal adalah kelompok etnik yang tinggal di pergunungan itu dan bekerja sebagai pemandu serta penunjuk arah bagi para pendaki. Dua pendaki yang paling terkenal di dunia ialah Edmund Hillary (Selandia Baru) dan Tenzing Norgay (Sherpa). Mereka adalah orang pertama mencapai puncak Everest pada tahun 1953.







2. Gunung Aconcagua - Gunung Tertinggi di Luar Asia

Gunung Aconcagua ialah gunung tertinggi di luar Asia dengan ketinggian yang mencecah 6,962m. Gunung ini terletak Banjaran Andes, daerah Mendoza Argentina dan terkenal dengan anggur Malbec. Gunung Aconcagua dikatakan lebih mudah untuk didaki. Orang termuda yang pernah mendaki gunung Aconcagua ialah Jodan Romero dari Big Bear Lake, California pada usia 11 tahun pada bulan Desember 2007.


3. Gunung McKinley - Gunung Tertinggi di Amerika Utara

Gunung McKinley ialah gunung tertinggi di Amerika Utara dengan ketinggian yang mencecah 6,194m. Gunung ini terletak di banjaran Alaska. Gunung McKinley terkenal dengan cuacanya yang sejuk kerana dikelilingi oleh ais-ais batu yang besar.


4. Gunung Kilimanjaro - Gunung tertinggi di Afrika

Gunung Kilimanjaro ialah gunung tertinggi di Afrika dengan ketinggian yang mencecah 5,895m. Gunung ini terdiri daripada tiga gunung berapi lain yang tidak aktif.


5. Gunung Elbrus - Gunung Tertinggi di Eropah


Gunung Elbrus ialah gunung tertinggi di Eropah dengan ketinggian yang mencecah 5,642m. Gunung ini terletak di banjaran Barat Cherkessia, Rusia.


6. Gunung Vinson Massif - Gunung tertinggi di Antartika.

Gunung Vinson Massif ialah gunung tertinggi di Antartika dengan ketinggian yang mencecah 4,892m. Gunung in terletak di Banjaran Sentinel dan dikenal sebagai pergunungan paling sukar diakses walaupun jaraknya ke Kutub Selatan sekitar 800 batu sahaja. Ianya hanya berjaya ditemui pada tahun1957.


7. Gunung Jaya Wijaya - Gunung tertinggi di Asia Tenggara

Gunung Jaya Wijaya ialah gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian yang mencecah 4,884m. Gunung ini terletak di Banjaran Sudirman, Papua, Indonesia. Walaupun gunung ini dikatakan yang tertinggi di Asia Tenggara namun terdapat juga pendapat lain yang menganggap Gunung Kinabalu (4,093.4m) dan Gunung Naga Pulu (4,862m) sebagai gunung tertinggi di Asia Tenggara.

 
 http://plbgaimacam.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...