Ahad, 21 April 2013

Stesen Janakuasa Solar Terbesar Dunia Di UAE

Negara Emiriah Arab Bersatu adalah sinonim dengan minyak, kekayaan dan pembinaan monumen mega. Shams 1 ialah stesen janakuasa solar terbesar di dunia dan ianya mampu menjanakan 100 MW tenaga elektrik setiap hari. Ini mampu membekalkan tenaga untuk 20 000 rumah di Abu Dhabi. 

Shams 1 yang bermaksud Matahari 1mempunyai keluasan 2.5 kilometer persegi yang memuatkan 258 048 keping cermin. Ianya dibuka secara rasmi pada 19 Mac yang lalu selepas tiga tahun pembinaan dengan kos USD 600 Juta (RM 1.8 Billion). Dua lagi stesen janakuasa solar dengan keluasan yang sama akan dibina bagi mengurangkan pergantungan UAE kepada minyak untuk menjana kuasa elektrik. 
 
 
 
 

Laporan asal DailyMail/pen patahblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...