Ketika
orang barat mengajar anak mereka mengenal Wright Bersaudara, orang di
negara Islam pula mengajar anak mereka mengenal Ibnu Firnas. Sejarah
barat menobatkan Wright Bersaudara sebagai manusia pertama yang berjaya
menerbangkan mesin atau kapal terbang pada 17 Disember 1903.
Walaubagaimanapun, tanpa kita sedari bahawa 1000 tahun sebelum
itu, seorang cendekiawan Islam telah berjaya dalam usahanya menerbangkan
mesin. Beliau berjaya menerbangkan alat peluncur pada tahun 875 Masihi
dan dikenali sebagai Ibnu Firnas.
Nama
sebenar Ibnu Firnas ialah Ibnu Abbas Al-Firnas, beliau juga dikenali
sebagai Abbas Qasim Ibnu Firnas. Beliau dilahirkan di Ronda,
Andalusia(yang kini dikenali sebagai Sepanyol) pada 810 Masihi dan
menghabiskan usianya di Cordova. Selain dikenali sebagai seorang
jurutera, ahli fizik, ahli muzik dan penyair, Ibnu Firnas juga seorang
pencipta. Sebelum menceburkan diri dalam bidang penerbangan, beliau
terlebih dahulu mencipta beberapa rekaan seperti jam air, kaca lut
sinar, lensa untuk melihat batu, alat pemotong kristal dan rantaian
gegelung untuk simulasi pergerakan planet dan bintang.
Sebagai jurutera, Ibnu Firnas menyediakan bilik kecil di rumahnya untuk orang ramai menyaksikan peralatan ujikajinya dan bahan reka ciptanya. Kemuncak penciptaannyaadalah sepasang sayap untuk terbang. beliau memerhatikan dan mengkaji cara burung terbang untuk menghasilkan sayap yang menyerupai konsep wau dan berfungsi sebagai mesin peluncur pada tahun 875 Masihi. Ibnu Firnas melekatkan bulu pada sepasang bingkai bayu untukmenyerupai sayap burung. Selepas itu, beliau mengundang penduduk di Cordova untuk menyaksikan hasil ciptaannya itu.
Di sebuah bukit yang bernama Al-'Arus, di Rusafa, Ibnu Firnas telah terjun dari menara sambil menggerakkan kedua-dua belah tangannnya untuk mengibarkan "sayap"nya itu. Hasilnya, beliau berjaya terbang buat beberapaketika sebelum berpatah balik ke menara tersebut. Malangnya, sebelum sampai ke menara, beliau tidak dapat mengawal sayapnya itu dan terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan parah pada punggungnya. Menurut ahli sejarah, kegagalan percubaannya itu akibat kegagalannya mendarat dengan baik dan tidak menambahbahagian ekor pada sayapnya itu. Ibnu Firnas begitu bersemangat untuk melakukan penerbangan kedua. Walau bagaimanapun, kecederaannya yang parah mengakibatkan beliau tidak mampu lagi untuk meneruskan ujian itu. Oleh sebab itu, beliau banyak mengkaji dan mereka cipta dalam makmalnya kerana tidak dapat bergerak bebas seperti sebelumnya. Menurut ahli sejarah, ketika Ibnu Firnas melakukan penerbangan itu, beliau sudah pun berusia 65 tahun dan dikatakan meninggal dunia pada tahun 887 Masihi.
Philip Hitti, seorang pengkaji sejarah Arab mengatakan bahawa Ibnu Firnas merupakan manusia pertama dalam sejarah yang melakukan percubaan sainstifik untuk terbang. Dalam bukunya yang bertajuk, History of the Arabs, beliau menyatakan bahawa Ibnu Firnas, seorang ilmuan yang pertama, yang berusaha untuk menakluki angkasa dan mencipta cara untuk terbang.

Sebagai
pengiktirafan kepada kesungguhan Ibnu Firnas mencipta jentera bagi
membolehkan mansia terbang, sebuah tugu untuk memperingatinya telah
dibina di jalan yang menuju ke lapangan terbang Baghdad. Ketokohannya
turut diabadikan pada setem negara Libya. Sebuah lapangan terbang di
Utara Iraq juga telah dinamakan Ibnu Firnas. Sebuah kawah gunung berapi
di bulan juga telah dinamakan dengan namanya sebagai mengiktiraf
kejayaannya itu. Nama beliau turut dipahat dalam sejarah sebagai orang
pertama yang memperkenalkan model pesawat. Percubaan Ibnu Firnas yang
turut digelar manusia terbang, walaupun gagal etapi berjaya membuka
ruang kepada pencipta selepasnya untuk menghasilkan jentera yang
membolehkan manuisa terbang di ruang udara. Kejayaannya mencipta
peluncur atau sayap tersebar ke seluruh Eropah dan negara Arab. 500
tahun selepas kejayaan Ibnu Firnas, Roger Bacon telah pergi ke Cordova
untuk mendalami teknik penerbangan yang telah dimulakan oleh beliau. 200
tahun selepas itu pula, barulah konsep dan teori pesawat terbang
dikempangkan.
http://travelognursyurga.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan