Mata
~
Selepas bertanya sesuatu soalan kemudian rakan anda menjawab kita boleh
lihat sekiranya bola mata rakan anda itu bergerak ke arah kiri
kemungkinan jawapannya itu jujur. Jika bola matanya bergerak ke arah
kanan kemungkinan rakan anda itu sedang mangatakan sesuatu yang tak
benar. Sebab bahagian otak kiri berfungsi sebagai Auditory Memory
manakala otak kanan pula untuk kreativiti maka apabila bola mata ia ke
kri bermakna dia sedang berusaha untuk mengingat namun sebaliknya
berlaku jika bola mata ke arah kanan yang bermaksud dia sedang menyusun
sesuatu sebagai jawapan yang lain.
Tangan
~
Tangan kelihatan banyak bergerak contohnya memegang sesuatu,
menggosok-gosokkan tangan, menggosok hidung atau menutup mulut. Tanpa
disedari rakan anda yang berbohong itu akan meletakkan benda-benda
seperti pen atau apa sahaja benda sebagai pembatas. Lebih ketara apabila
dia cuba mengubah topik perbualan. Jika ekpresinya kelhatan tenang dan
lega, bererti dia sedang berbohong tetapi jika ia kembali semula kepada
topik asal, bermakna dia sedang bercakap jujur.
Nada Suara
~
Nada suara juga mampu memberikan tanda seseorang itu sedang mencari
helah apabila nada suaranya tidak tersusun, sekejap tinggi dan sekejap
rendah malah badannya juga akan dilihat kaku, begitu juga pada bahagian
dahi dan bibir.
Tubuh
~
Cara selain melalui nada suara, juga boleh melihat sekiranya rakan anda
tu kelihatan berpeluh walaupun cuaca dan keadaan di tempat tersebut
tidak panas. Nafasnya juga kelihatan berat dan kelihatan sedikit
menggelabah.
http://pinkyzladies.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan