Mereka yang mempunyai mata berwarna coklat boleh dipercayai berbanding lelaki bermata biru atau warna lain, lapor satu kajian.
Dalam satu
kajian baru diterbitkan dalam PLOS ONE, penyelidik diketuai Karel
Kleisner dari Universiti Charles di Republik Czech, menyiasat faktor
yang menentukan wajah boleh dipercayai. Pengaruh interaksi sosial
Penyelidikan sebelum ini menunjukkan penampilan wajah secara ketara mempengaruhi pelbagai interaksi sosial.
Persepsi wajah memberi maklumat
berkaitan kepercayaan, berikutan itu ia memberi memberi kesan ke atas
kejayaan ekonomi, sosial dan reproduktif seseorang individu.
Penyelidik bertanya sekumpulan peserta untuk menentukan kadar kebolehpercayaan wajah lelaki dan wanita berdasarkan dua kriteria. Pertama, warna mata dan kedua, bentuk wajah.
Penyelidik bertanya sekumpulan peserta untuk menentukan kadar kebolehpercayaan wajah lelaki dan wanita berdasarkan dua kriteria. Pertama, warna mata dan kedua, bentuk wajah.
“Sejumlah besar subjek mendapati wajah
bermata coklat lebih dipercayai berbanding biru, tidak kira sama ada
mereka lelaki atau wanita,” kata salah seorang penyelidik berkenaan.
Wajah lelaki bulat bermulut besar dan
dagu lebih lebar dilihat lebih dipercayai berbanding runcing,
bagaimanapun bentuk wajah wanita tidak banyak memberi kesan sejauh mana
mereka boleh dipercayai.
Penyelidik juga menjalankan ujian
ketiga, memberi peserta gambar wajah lelaki yang sama kecuali satu
variasi: warna mata. Ketika ujian ini mereka mendapati kedua-dua warna
mata dianggap boleh dipercayai.
Mereka juga mendapati kunci untuk dianggap boleh dipercayai bukan datangnya dari warna mata, namun daripada kriteria wajah yang dikongsi individu bermata coklat.
Sebagai contoh, lelaki bermata coklat secara umum memiliki bibir lebar dengan sudut lebih menaik, dagu lebar, mata besar dan kening lebih rapat antara satu sama lain, kriteria dianggap maskulin dan lebih dipercayai.
http://arituarini.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan