Rabu, 10 April 2013

Rahsia Kenyang Lebih lama

kenyang
Anda baru saja makan lebih kurang sejam yang lalu. Makan dengan penuh berselera dan agak banyak kuantitinya. Selepas sejam dua, perut sudah mula berkeroncong lapar. Apa agaknya yang membuatkan kita mudah lapar walaupun sudah makan begitu banyak?

Memahami kaitan antara rasa lapar dan kenyang adalah perkara penting dalam aspek penurunan berat badan.  Mengambil makanan yang tinggi protein, makan sayuran, makan lebih lambat, minum air dan mengelakkan makanan berenergi tinggi adalah antara kaedah efektif untuk merasa kenyang lebih lama.



 
1 Makan Sayuran

Makanan tinggi serat boleh membantu mengurangkan nafsu makan dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Makanan tinggi serat mempunyai kepadatan energi yang rendah.

Menurut The American Heart Association, ambil antara 3-4 sajian sayur-sayuran setiap hari untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh selain membantu rasa kenyang yang lebih lama.

Contoh makanan tinggi serat ialah; beras perang, barli, jagung, kurma, kismis, avocado, kiwi, pisang, mangga, brokoli, bayam, lain-lain sayuran hijau, kekacang seperti almond, gajus dan kacang soya serta buah-buahan beri (strawberry, blueberry dan raspberry).

2 Makan Makanan Tinggi Protein

The Journal of Nutrition mengesyorkan pengambilan ikan dan ayam kerana ia mengandungi kalori yang rendah tetapi mengenyangkan pada kadar yang lebih lama.

3 Makan perlahan-lahan

Kunyah makanan dengan teliti dan perlahan-lahan supaya anda dapat menikmati rasa makanan dan makan dengan puas. Kepuasan yang maksimum ketika makan membantu anda supaya tidak lagi memikirkan tentang makanan lain selepas itu.  Selain itu, rasa puas ketika mengunyah dan makan memberikan rasa kenyang walaupun hakikatnya anda makan dalam kuantiti yang sederhana.

Rasulullah s.a.w juga menyarankan supaya kita mengunyah makanan dengan perlahan-lahan kerana tabiat ini sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

4 Minum Air

The Ohio University menjelaskan bahawa minum air membantu mengurangkan nafsu makan, sekaligus boleh menggalakkan penurunan berat badan.  Air putih tiada kandungan kalori, tetapi memberikan rasa kenyang.

Anda disarankan minum sekurang-kurangnya dua liter air putih setiap hari.  Apabila anda rasa lapar, ia mungkin bukan signal untuk makan, sebaliknya anda mungkin rasa haus.  Jadi, sebelum makan, cuba minum air terlebih dahulu bagi mengelakkan anda makan terlalu banyak.

5 Elakkan makanan berenergi tinggi

Menurut kajian, mengambil makanan dengan kepadatan energi yang rendah akan membantu anda rasa kenyang lebih lama. Makanan yang berenergi rendah, jumlah kalorinya juga kecil.

Daun saderi adalah contoh makanan dengan kepadatan energi rendah. Juga, hindari makanan berkalori tinggi seperti aiskrim.
(sumber: Mingguan Wanita, 4-10November 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...