Time bujang, time anak dara. Ko gatal nak kawin. Mak bapak larang ko
buat tak reti. Dah ibarat dalam dunia ni kekasih hati ko jelah yang duk
tatang minyak sejak kluar dari perut ibu. Tup tap bila kawin.. Baru ko
tahu langit ni tinggi ke rendah, hutang belantara celah ketiak bini or
suami ko tu lebat ke tidak. Tidur ko boleh lena or ada musik gazal untuk
rabiah seumur hidup.
Tapi tulah onak duri rumahtangga. Time kapel lain, time mula2 kenal
lain. Bila dah kawin lain. Dapat anak jadi lain. Bila tua kerepot pun
lain. Apa yang penting, toleransi antara pasangan tu paling penting.
Orang cakap, tak cantik tak pe. Asal baik hati. Tapi bila kawin ko nak
yang cantik pulak. Yang seksi pulak. Ape cerr derr..
Ni baru 7 tujuk ciri. Ciri suami pun ada. Aku tunjuk yang bini je lah
dulu. Nanti jumpa artikel yang pasal suami yang simple ringkas n korang
mudah faham. Nanti aku post kan.
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.
1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang
dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas
diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan
rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar
kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai
ALLAH.
4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk
melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan,
bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.
5. Bitnah (mementingkan isi
perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan
mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan
perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas
dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk
memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk
melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
6. Bahriyah (mendorong suami
untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik.
Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk
zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang
keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar,
pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga
suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .
Info Asal : SinarHarian
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan