Rabu, 18 Disember 2013

Mercedes-Benz C-Class 2014 didedahkan secara rasmi

17538879101896034694 
Dengan beberapa siri gambar yang tertiris, diikuti pendedahan gambar-gambar spyshot, Mercedes-Benz akhirnya menanggalkan balutan yang selama ini menutupi C-Class baharu.
Dengan pengenalan model CLA, sedan yang berasaskan dari platform A-Class, C-Class bukan lagi digelar model sedan entry level Mercedes-Benz. Dengan itu, jenama automotif Jerman itu telah mengambil keputusan untuk menambahkan ukuran saiz bagi model generasi baharu C-Class ini bagi menjarakan perbezaan antara CLA dan C-Class. 95mm lebih panjang dan 40mm lebih lebar berbanding model C-Class terdahulu, disamping tinggi pada ukuran 1442mm. Panjang wheelbase ditambah sebanyak 80mm menjadikannya 2840mm panjang, serta peningkatan kapasiti kargo kepada 480 liter.




Jika dilihat dari segi rekaan, tidak banyak yang baharu ditampilkan berbanding facelift E-Class dan S-Class baharu, akan tetapi Mercedes-Benz C-Class 2014 tetap masih kelihatan lebih premium berbanding model sebelumnya. Mempunyai ciri hood yang panjang dan overhangs yang lebih rendah serta dengan garisan-garisan yang berani dan agresif. Keseluruhan, Mercedes-Benz 2014 kelihatan lebih moden dan semestinya akan menarik minat generasi muda tanpa menimbulkan efek negatif kepada klien tetap C-Class. 
 
Unsur kemewahan dapat dilihat dengan ketara di bahagian dalaman, disebabkan oleh penggunaan bahan material premium. Dashboard dilitupi tapi dengan tiga hos penghawa dingin. Di tengah dashboard terletak satu skrin yang mana boleh diakses melalui kawalan rotari yang ditawarkan sebagai standard. Juga terdapat pilihan skrin sentuh, seperti yang boleh didapati pada telefon pintar.
mercedes-benz-stereng-arenakereta64043881923034648
686103438757663498
Mercedes-Benz C-Class 2014 merupakan kenderaan pacuan roda belakang, serta 100kg lebih ringan jika dibandingkan dengan model sedia ada. Dengan pengurangan yang agak ketara ini, mengurangkan penggunaan bahan bakar sebanyak 20 peratus tanpa menjejaskan prestasi. Model ini juga mempunyai pusat graviti yang lebih rendah yang mana meningkatkan mutu kawalan kenderaan (handling). 
 
Merupakan model pertama di dalam segmen ini yanah menawarkan suspensi udara yang turut dikenali sebagai AIRMATIC, yang mana dikawal secara elektronik di kedua-dua gandar (axles).
Terdapat tiga mode pilihan untuk sistem peredam; selesa (comfort), selesa dengan katakter lebih sport (comfort with sportier), dan juga sport yang mana merendahkan kereta tersebut sebanyak 15mm.
Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan enjin, bermula dengan C220 BlueTEC, 2.2-liter 4-silinder diesel, menjanakan 170 kuasakuda dan 400Nm tork. Mampu memecut 0-100km/h dalam masa 8-1 saat, dengan catatan penggunaan bahan bakar sebanyak 4 liter per 100km dengan pelepasan CO2 sebanyak 103g/km.

Seterusnya, model C180 dengan enjin petrol 1.6-liter, menjanakan 156 kuasakuda dan 250Nm yang mana membolehkan pecutan 0-100km/h dalam masa 8.2 saat. Penggunaan bahan bakar, 5 liter untuk 100km dengan 116g/km pelepasan CO2.

Untuk pilihan enjin yang lebih berkuasa, C200 didatangkan dengan enjin 2.0-liter, menghasilkan 184 kuasakuda dengan 300Nm tork. Enjin tersebut membuatkan model ini mampu memecut 0-100km/h dalam 7.5 saat dengan penggunaan bahan bakat 5.3 liter per 100km, serta pelepasan CO2, 123g/km.
Dilaporkan sejurus selepas C-Class menemui pasaran, Mercedes-Benz akan memperkenalkan versi 1.6-liter diesel – 115 kuasakuda / 280Nm dan 136 kuasakuda / 320Nm. Disamping itu, turut akan ditawarkan, model 2.2 liter diesel dengan 115 kuasakuda, 204 kuasakuda dan 170 kuasakuda dalm edisi BlueEFFICIENCY.

Terdapat juga pilihan hibrid yang dikenali sebagai C300 BlueTEC HYBRID, merangkumi enjin diesel 4-silinder dengan 204 kuasakuda, bekerjasama dengan motor elektrik yang mana menawarkan penjimatan bahan bakar – 3.9 liter per 100km.

Bergantung kepada pilihan enjin, Mercedes-Benz C-Class 2014 akan ditawarkan dengan pilihan transmisi 6-kelajuan manual atau 7G-TRONIC PLUS transmisi tujuh-kelajuan automatik.
Juga pilihan yang boleh didapati antaranya 4MATIC pacuan semua roda (all-wheel drive) dan beberapa sistem keselamatan seperti Active Parking Assist, Adaptive Highbeam Assist Plus dan Traffic Sign Assist with Wrong-Way Alert.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...