Ahad, 15 Disember 2013

Resepi -Kek Minyak Kukus Simple Tapi Sedap

Img_20131213_060501
Resepi atas permintaan member yang tiada oven di rumah...rcp mudah, adunan diblender saja.




  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri (300g)
  • 1 cawan susu segar (210g)
  • 3/4 cawan susu pekat manis (200g)
  • 1/2 cawan gula halus (60g)
  • 1 cawan minyak masak
  • 4 biji telur - A
  • 1 sk esen vanilla 


Cara-cara

  1. Ayak tepung ke dalam mangkuk.
  2. Img_20131213_061551
    Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
  3. Img_20131213_061410
    Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas. Tutup loyang dengan alum. foil. Kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.
  5. Img_20131213_061509
    **Adunan boleh dibahagi dua dan bubuh serbuk koko pada satu bahagian.
  6. 20131213_002727
    **Atau dibahagi kepada beberapa bahagian, warnakan dan ditambah perasa ikut suka.
 myresepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...