Selasa, 31 Disember 2013

Trick Mengapa Cincin Nikah Disarungkan ke Jari Manis

Mengapa cincin nikah disarungkan ke jari manis? Nak tahu, cuba trick ini!



1. Pertama, rapatkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam.
2. Kemudian, 4 jari yang lain ditemukan antara satu sama lain.
3. Cuba buka ibu jari anda. Boleh kan? Ibu jari melambangkan orang tua dan menggambarkan bahawa mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk. Jari ini mewakili kakak dan adik dan mereka juga akan meninggalkan kita apabila sudah berkeluarga.
6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita.
7. Seterusnya, tutup jari kelingking anda dan buka cantuman jari manis tempat tersarungnya cincin perkahwinan. Anda pasti hairan kerana jari tersebut tidak boleh dibuka. Ia ditafsirkan seperti mewakili suami dan isteri yang akan bersama sehidup semati.

Sekadar ingin menceriakan hari anda.
selongkar10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...