Selasa, 17 Disember 2013

Resepi sedap – Jom belajar buat Ikan Bakar Ala Portugis mudah

photo 5 (2)
Bahan-bahan
  • 2 batang serai
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5cm belacan
  • bunga kantan
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • cili boh ( cili kisar )
  • 3 biji buah keras
  • garam dan perasa



Cara-cara

1. Perapkan ikan yang telah dicuci dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan hanyir ikan.

2. Ada dua cara untuk membuat ikan bakar portugis. Anda boleh goreng dahulu ikan separa masak dengan kunyit dan garam ataupun dibakar mentah bersama bumbu.

photo 1 (6)

3. Bumbu : Kisarkan bawang merah, bawang putih, buah keras dan serai. Kemudian panaskan minyak ,masukkan bahan yang dikisar tadi bersama belacan, cili boh,bunga kantan yang dihiris harus dan masak hingga pecah minyak. tambahkan garam,bahan perasa secukup rasa. Kemudian asingkan di dalam mangkuk.

photo 2 (4)

4. Panaskan kuali ataupun ketuhar ( 180 darjah ). Di dalam bekas lain, alaskan dengan daun pisang dan letakkan bumbu di atasnya. Kemudian letakkan ikan yang ingin dibakar dan lumurkan bumbu di atas ikan pula. Bakar hingga masak. Bagi ketuhar , masak dalam 30-45minit.

5. Satu cara lain, ambil aluminium foil, dan buat seperti bentuk dibawah. Kemudian alaskan dengan daun pisang, lumurkan dengan bumbu, letakkan ikan dan lumurkan bumbu di atas ikan. Lipat di bahagian tepi aluminium foil rapat-rapat dan bakar di atas kuali. Biar sehingga aluminium kembang dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.

photo 4 (2) 
 http://www.wanista.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...