Di dunia ini, terlalu banyak tempat eksotik. Ada
antaranya sudah kita ketahui dan ada pula yang belum. Dan pada post ini,
kami kongsikan antara 10 tempat eksotik yang ada kat dunia ni yang mana
kesemuanya tidak pernah pun kami ketahui (dan mungkin anda juga).. Cekidaut~
1. Wisteria Tunnel (Terowong Wisteria)
Terowong Wisteria terletak di Kawachi Fuji Gardens di
Kitakyushu, Jepun. Apa yang menarik dengan terowong ini ialah adanya
pokok-pokok bunga berlainan warna yang tergantung dan kelihatan seperti
sebuah taman.
2. Cinque Terre, Italy
Cinque Terre adalah sebahagian daripada pantai di
rantau Liguria Itali. Teres yang dibina di atas landskap lasak menjadi
tarikan pelancongan yang sangat popular.
3. Hotel La Montaña Mágica
Seperti berada di alam fantasi. Hotel La Montaña
Mágica adalah sebuah hotel yang berbentuk seperti gunung yang
mengalirkan air dari atas. Senang cakap, air terjun. Hotel La Montaña
Mágica terletak di Huilo Huilo, sebuah rizab swasta di rantau Los Rios,
Chile.
4. The Crooked Forest
Crooked Forest ini terletak betul-betul di luar Nowe
Czarnowo, Barat Pomerania, Poland. Mengandungi kira-kira 400 pokok pain
dengan batang yang bengkok. Pokok-pokok tersebut telah ditanam sekitar
tahun 1939. Sehingga kini, bagaimana pokok-pokok tersebut berbentuk
sedemikian rupa masih tidak diketahui.
5. Tunnel Of Love (Terowong Cinta)
Terowong yang dikelilingi dengan pokok gergasi ini
terletak di Kleven, Ukraine dan suatu ketika dahulu ianya adalah sebuah
terowong kereta api. Kenapa dipanggil terowong cinta? Ianya hanyalah
gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan kerana ianya tempat yang
popular dilawati oleh pasangan yang sedang bercinta dan juga suami
isteri.
6. Blue Lagoon Hot Springs
Blue Lagoon Hot Springs ini terletak di Iceland dan
ianya adalah buatan manusia. Walau bagaimanapun, air dipanaskan secara
semulajadi oleh aktiviti gunung berapi di pulau itu. Menurut penduduk
sekitar, Blue Lagoon Hot Springs akan kelihatan amat indah pada musim
bersalji, dan airnya juga masih terasa hangat.
7. Ice Canyon
Ice Canyon yang terletak di Greenland ini terbentuk oleh Meltwater dan ianya sedalam 150 kaki (45 meter).
8. Ball Pyramid
Ball Pyramid adalah tindanan laut tertinggi di dunia.
Ia adalah tinggalan gunung berapi yang terbentuk kira-kira 7 juta tahun
lalu. Ketinggian Ball Pyramid ini adalah 562 meter dan terletak di
tenggara pulau Lord Howe di Lautan Pasifik.
9. The Great Barrier Reef
Merupakan sistem terumbu karang yang terbesar di
dunia. Ia terletak di Laut Karang, di luar pantai Queensland, Australia.
Jangan tidak tahu, anda boleh melihat The Great Barrier Reef ini dari
angkasa lepas kerana ianya begitu besar. Tempat ini adalah destinasi
yang sangat popular bagi kaki skuba.
10. Plitvice Lakes National Park
Plitvice Lakes National Park adalah taman negara yang
tertua di Eropah Tenggara dan merupakan taman terbesar di Croatia.
Taman ini dipenuhi dengan pemandangan hijau yang indah dan air terjun
yang menakjubkan.
zon bebas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan