Isnin, 16 Disember 2013

Resepi - Kentang Wedges

Hari ni QH nak kongsikan menu yang simple saje…nanti balik kerja petang nanti boleh la para2 isteri buat ehhh…yang surirumah pon sama…boleh dijadikan sebagai kudapan untuk anak2 malam nanti sambil berehat2 tu kan…

 
 
 

Kentang Wedges
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
8 biji kentang - kupas dan potong wedges
4 sudu tepung jagung
4 sudu tepung gandung
1 sudu oregano leaves
3 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh serbuk ENO –  QH ganti baking powder
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan air
minyak
Cara:
1. Rebus kentang setengah masak. Angkat dan toskan.
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, oregano leaves, daun ketumbar, lada putih, serbuk ENO, dan serbuk kunyit dan serbuk pati ikan bilis.
3. Adun bersama air mengikut kepekatan yang diingini.
4. Celupkan kentang rebus ke dalam adunan dan goreng sehingga kuning keemasan.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama pencicah pilihan.

 http://www.kongsiresepi.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...